Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

23 Organisasi Tuntut Gantung...

PETALING JAYA – Sejumlah 23 organisasi mengemukakan Memorandum Rakyat Desak Selamatkan Suruhanjaya Pencegahan...

Chatbox Ustaz Amil Antara...

UNIK... Buat julung kalinya dalam sejarah, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan...

Jerebu: New Delhi Cecah...

NEW DELHI - New Delhi dan bandar-bandar berhampirannya kini berdepan pencemaran paling teruk...

UiTM Nafi Terbabit Program...

SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan institusi berkenaan terbabit dalam sebuah...

PSM Pertahan DAP, Kecam Hadi Awang Isu TPPA

KUALA LUMPUR – Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyelar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mendakwa DAP sokong Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) kerana ekonomi Malaysia dikuasai kaum Cina.

PSM dalam satu kenyataan media mendakwa, Hadi tidak sepatutnya membantah TPPA menggunakan hujah berasaskan politik perkauman yang sempit.

“Perjuangan menentang TPPA melangkaui perkauman dan agama kerana ia adalah ancaman daripada kapitalis antarabangsa.

“Mempergunakan sentimen perkauman bukan sahaja tidak dapat memajukan gerakan rakyat membantah TPPA,” kata kenyataan itu hari ini.

Mynewshub.cc semalam melaporkan DAP menyifatkan Presiden PAS sebagai manusia mengarut dan dangkal.


Ahli Parlimen Segambut DAP, Lim Lip Eng dipetik berkata, dakwaan ulama PAS tersebut tidak berasas, malah tidak mencerminkan ketokohan dan keilmuan dimiliki Abdul Hadi sebagai pemimpin sebuah parti politik.

“Ia adalah berbeza dengan aspirasi partinya yang beberapa tahun lalu giat menghindar diri daripada politik perkauman sempit dan mengadu domba,” dakwanya. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori