• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peti Simpanan Milik MAIPS Mengandungi RM13,000 Dilarikan

oleh Ahmad Albab
17/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Dua lelaki memperdayakan seorang pengawal keselamatan lalu mengikatnya sebelum melarikan peti simpanan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengandungi wang tunai kira-kira RM13,000 awal hari ini.

Ketua Polis Kangar, Supt Abdul Rahman Noordin berkata kedua-dua lelaki itu berpura-pura ingin berjumpa pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor pukul 6.15 pagi.

Menurut pengawal keselamatan itu, suspek tidak dikenali itu mengetuk pintu masuk utama (bangunan MAIps) sebelum beliau membuka pintu dan tiba-tiba mereka menerpa masuk lalu menangkap dan mengikatnya dengan tali ketika beliau ingin menghubungi Mohd Nazim, kata Abdul Rahman.

“Mereka kemudian naik ke tingkat empat dan mengusung satu peti simpanan sebelum melarikan diri menggunakan kereta Proton Wira Aeroback,” kata Abdul Rahman kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini.

Bagaimanapun, Abdul Rahman berkata pengawal keselamatan itu tidak mengecam wajah suspek yang didakwa memakai topeng.

Abdul Rahman berkata ikatan pada mangsa dibuka rakannya yang tiba di bangunan MAIPs kira-kira 7 pagi sebelum menghubungi pihak polis memaklumkan mengenai kejadian itu.

“Pengawal keselamatan berusia 22 tahun berasal dari Changlun, Kedah itu ditahan selama empat hari bagi membantu siasatan,” katanya menambah bahawa peti besi itu turut mengandungi cek milik MAIPs. – BERNAMA

Tags: Dirompak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bilik Kucing Peliharaan Keluarga Ahmad Zahid Terbakar

Agensi Pelancongan Dirompak Perompak, Polis

22/04/2023
0

BUENOS AIRES – Sebuah agensi pelancongan di Argentina mengalami nasib malang apabila dirompak dua kali dalam masa satu hari oleh...

Tiga Beranak Diikat, Dirompak

16/10/2018
0

PONTIAN - Sepasang suami isteri bersama-sama seorang anaknya disamun tiga lelaki warga asing rumah mereka di Taman Gembira, Rimba Terjun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd