• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KOM Sah Tak Iktiraf Rekod 10.29s Milik Badrul Hisyam

oleh Ahmad Albab
27/01/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) memutuskan bahawa catatan masa 10.29s dalam acara 100m yang dilakukan Badrul Hisyam Abdul Manap tahun lepas tidak diiktiraf sebagai rekod kebangsaan yang baharu.

Keputusan itu diumumkan oleh Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim selepas mesyuarat tergempar Majlis KOM di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini, hari ini.

Berikutan keputusan itu, catatan masa 10.30s yang dicipta oleh Watson Nyambek pada Terbuka Malaysia pada Julai 1990 masih kekal sebagai rekod kebangsaan acara 100m.

Beliau berkata anggota majlis KOM bersetuju untuk tidak mengiktiraf pencapaian Badrul Hisyam di Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) itu selepas meneliti laporan oleh Persatuan Olahraga Brunei dan Jawatankuasa Teknikal KOM.

“Bagaimanapun, semua anggota berpendapat bahawa Badrul Hisyam masih muda dan boleh terus berusaha untuk mencipta rekod baharu,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat itu.

Pada 23 Nov lepas, Badrul Hisyam, 18, mengejutkan peminat sukan olahraga tanah air apabila memadam rekod 17 tahun milik Watson.

Bagaimanapun, rekod itu tidak diiktiraf secara rasmi selepas penganjur ASG didakwa tidak mematuhi syarat teknikal yang ditetapkan oleh Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF).

Antara yang tidak dipatuhi adalah alat pengukur angin yang tidak berada di garisan 50m selain bukti ‘photo finish’ di mana kedua-dua aspek itu wajib ada untuk mendapat pengiktirafan IAAF.

Dalam pada itu, Karim berkata KOM tidak boleh mengambil tindakan terhadap penganjur dan meminta supaya semua pihak mendapat pengajaran daripada insiden berkenaan agar lebih serius ketika mahu menganjurkan sebarang kejohanan.

Sementara itu, Naib Presiden MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib, yang menjadi wakil MOM dalam mesyuarat itu, berharap agar Badrul Hisyam tidak berputus asa dan sebaliknya terus berusaha untuk menjadi atlet olahraga yang unggul pada masa akan datang.

“Memang ini merupakan catatan yang terbaik…cuma dari segi teknikal, kita tidak boleh terimanya sebagai rekod disebabkan penganjur tidak mengikut standard teknikal antarabangsa,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]_XjHajNytn0[/wpdevart_youtube]

Tags: Badrul Hisyam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saingan 100M Lelaki Tanpa Kelibat Badrul Hisyam

17/09/2018
0

IPOH – Saingan acara 100 meter lelaki peringkat separuh akhir Sukan Malaysia (SSUKMA) 2018 yang berlangsung di Stadium Perak, hari...

Melaka Pantau Perkembangan Badrul Hisyam

02/12/2015
0

MELAKA - Kerajaan Melaka akan memantau secara dekat perkembangan atlet olahraga remaja negara, Badrul Hisyam Abdul Manap bagi memastikan anak jati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd