• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk, Nenek Mengaku Buat Persediaan Persetubuhan Luar Nikah

oleh Ahmad Albab
27/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seorang warga tua berusia 69 tahun dan pasangannya, seorang janda berusia 52 tahun dikenakan hukuman denda RM2,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada Selasa, selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas pertuduhan persediaan melakukan persetubuhan luar nikah.

Hakim Syarie Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof mengenakan hukuman itu terhadap Mamat Abdullah, dari Kampung Batin, Seberang Takir, di sini, serta pasangannya Suri Abdullah, 51, dari Ladang Tayor, Sungai Tong, Setiu, selepas kedua-duanya mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.

Mahkamah turut mengenakan hukuman penjara lima bulan kepada kedua-dua tertuduh yang masing-masing memiliki tujuh anak, sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Mamat yang bekerja sebagai nelayan dan Suri yang bekerja sebagai buruh ladang didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik hotel di Jalan Tok Lam di sini, kira-kira jam 10.50 pagi pada 12 November tahun lalu.

Sepasukan pegawai dan Penguatkuasa Syariah daripada Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu melakukan serbuan berwaran ke atas bilik berkenaan dan sebaik tiba, pintu utama bilik didapati tertutup rapat dan berkunci dari dalam.

Selepas beberapa kali memberi salam, pintu dibuka seminit kemudian oleh tertuduh lelaki yang hanya memakai seluar slack panjang tanpa baju.

Pemeriksaan di dalam bilik berkenaan kemudian menemui tertuduh wanita bersembunyi dalam bilik air dengan hanya berkain baju kurung berkemban.

Siasatan lanjut mendapati hanya mereka berdua berada di dalam bilik berkenaan dan soal siasat mendapati mereka berdua tiada hubungan suami isteri.

Sementara itu, Nik Mohd Shahril dalam penghakimannya menasihatkan kedua-dua tertuduh yang sudah lanjut usia segera bertaubat dan insaf dengan kesalahan yang dilakukan.

“Anda berdua mempunyai keluarga, anak dan cucu. Pada usia sebegini, anda berdua sepatutnya mengingati mati dan memperbanyakkan amal ibadat, bukan mencemarkan diri dengan bergelumang dosa apatah lagi perbuatan sebegini yang memalukan keluarga dan anak-anak,” katanya. – BHarian Online

[wpdevart_youtube]dwCK4ZwFCLU[/wpdevart_youtube]

Tags: persetubuhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zakar Suami Patah, Isteri ‘Goncang’ Tak Ingat Dunia

23/08/2017
0

SEORANG lelaki lingkungan usia 30-an terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital sambil menahan sakit pada alat sulit akibat bahagian tersebut didapati...

Islam Larang Suami `Pancut Luar’ Tanpa Sebab

22/05/2017
0

KUALA LUMPUR - Islam melarang umatnya melakukan pencegahan kehamilan termasuk mengeluarkan air mani di luar rahim tanpa sebab munasabah kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd