• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Sedia Runding Isu Perjanjian Air Dengan P.Pinang

oleh Ahmad Albab
26/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT BUNTAR – Kerajaan negeri Perak sedia berunding dengan Pulau Pinang mengenai perjanjian air sekiranya negeri itu mematuhi terma yang disediakan, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata perjanjian bekalan air adalah suatu bentuk perniagaan dan Perak tidak boleh menjual air mentah dengan harga minimum kepada Pulau Pinang yang tentunya akan menjual air terawat pada harga mahal.

“Kerajaan negeri tidak akan mendapat manfaat daripada perjanjian itu jika keuntungan dinikmati sebelah pihak sahaja sedangkan air mentah itu dari negeri ini (Perak).

“Pada masa sama, kerajaan negeri Perak perlu mengambil kira keperluan rakyat di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah projek Loji Rawatan Air Sungai Rawa, di sini hari ini.

Pada 2014, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta kerajaan persekutuan menerusi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) menjadi pengantara bagi menyelesaikan rundingan bekalan air dari Perak.

Menurut Lim, bekalan air mentah dari Perak seperti yang dicadangkan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam Skim Bekalan Air Mentah Sungai Perak bertujuan memastikan bekalan air mentah mencukupi untuk Pulau Pinang sehingga 2050. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]ipiSakVMx0I[/wpdevart_youtube]

Tags: Zambry Abdul Kadir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jangan Viralkan Maklumat Palsu Berkaitan Air Pasang Besar

Next Post

Majlis Angkat Sumpah MB Kedah Baharu Jumaat Ini?

Related Posts

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

20/04/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, bersetuju moratorium pelawaan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) Swaakreditasi dilaksanakan bagi...

Zambry Dilantik Setiausaha Agung BN Baharu

09/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan...

Next Post

Majlis Angkat Sumpah MB Kedah Baharu Jumaat Ini?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd