• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ancaman Bom: Polis, Tentera Pantau Keselamatan Publika

oleh AK-47
28/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SPEKULASI dan khabar angin di laman sosial yang mendakwa beberapa lokasi dalam negara dijadikan sasaran tumpuan serangan bom oleh pihak militan Daesh membuatkan pihak berkuasa sentiasa berada dalam keadaan siap sedia bagi menghadapi sebarang ancaman.

Awal pagi tadi, beberapa anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sebilangan pegawai polis yang lengkap bersenjata dilihat membuat rondaan dan mengawal di sekitar pusat beli belah Publika.

Menurut Kapten Mohd. Zailani Abd Razak yang berada di tempat kejadian, keadaan sekitar kawasan tersebut dipastikan hingga kini tenang dan terkawal.

publika2

publika3

Beberapa anggota keselamatan dilihat mula membuat rondaan sekitar jam 10.30 pagi Selasa, justeru orang ramai dinasihatkan tidak berasa bimbang tentang khabar terdapat anasir luar cuba melakukan sesuatu yang boleh menggugat keamanan negara.

“Kami menerima memo dikeluarkan oleh pihak pengurusan Publika, menyatakan kawasan tersebut ada menerima ancaman bom.

“Dengan adanya pihak berkuasa yang mengawal keadaan ia dapat menambahkan keyakinan orang ramai terhadap tahap keselamatan kawasan ini,” katanya, seperti dilaporkan portal Malaysian Digest.

Kapten Mohd. Zailani turut menasihatkan supaya orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih hingga boleh menimbulkan kekecohan dalam kalangan rakyat.

publika4

“Sebarang maklumat yang disebarkan menerusi email perlu ditapis dan disahkan terlebih dahulu.

“Saya berpengalaman mengelilingi satu dunia, kita di Malaysia tidak sempurna tapi Malaysia masih selamat,” tambahnya.

Sebelum ini sebuah rakaman bertajuk “Mesej Awam Kepada Malaysia” yang didalangi oleh militan Daesh Malaysia-Indonesia telah tersebar, antara lain mengandungi amaran kepada Malaysia berikutan usaha kerajaan memerangi kumpulan terbabit.

Kumpulan pelampau agama berkenaan dikhuatiri menyasarkan Malaysia sebagai target serangan kerana beranggapan negara ini adalah negara sekular. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DaeshISISPublika
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

1,828 Mykad Masih Belum Dituntut Di JPN Melaka

Next Post

Bodyguard, Peniaga Pasar Malam Didakwa Menyamar Polis Trafik

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

04/08/2023
0

BEIRUT : Kumpulan militan Daesh mengumumkan kematian pemimpinnya, Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di barat laut...

Next Post

Bodyguard, Peniaga Pasar Malam Didakwa Menyamar Polis Trafik

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd