• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bagaimana Merkuri Dalam Kosmetik Putihkan Muka

oleh Ahmad Albab
26/01/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGGUNAAN merkuri dalam kosmetik telah diharamkan di Eropah sejak tahun 1976 dan kemudian Pentadbiran Makanan Dan Dadah  (FDA) di Amerika Syarikat mengharamkan penggunaannya pada tahun 1990.

Mengikut fakta, pigmentasi ataupun kecerahan warna kulit disebabkan penghasilan melanin. Tompok hitam ataupun kulit gelap boleh disebabkan oleh penghasilan melanin berlebihan oleh sel melanocytes, sel yang berfungsi menghasilkan pigmentasi warna kulit.

Pigmentasi warna kulit ini boleh disebabkan oleh terdedah kepada cahaya matahari berlebihan, proses penuaan (peningkatan umur) dan juga gangguan hormon semasa bersalin ataupun disebabkan oleh pengambilan ubat.

BAGAIMANA MERKURI PUTIHKAN KULIT?

Merkuri ataupun dalam Bahasa Melayu dipanggil ‘raksa’ biasa digunakan dalam produk kosmetik krim pencerah atau pemutih untuk berikan kesan yang segera. Raksa ini bertindak memutihkan kulit dengan menghalang atau melambatkan proses penghasilan melanin.

Melanin adalah pigmen atau warna coklat yang dihasilkan oleh sel melanocytes di kulit. Melanin adalah pelindung semulajadi yang dihasilkan badan untuk melindungi kulit dari sinaran UV Matahari.

Walaubagaimanapun, penghasilan melanin yang berlebihan menyebabkan warna kulit menjadi gelap ataupun tidak sekata.

BACA:  Qu Puteh Whitening Pro 9 Tidak Lagi Dibenarkan Dijual

JUGA BACA:  Brunei Haramkan Penjualan Produk Qu Puteh Kerana Ada Merkuri

Selain raksa, ada beberapa bahan lain yang berbahaya ataupun beracun biasa digunakan dalam produk kosmetik untuk tujuan memutihkan kulit seperti hidrokuinon dan tretinon.

Bahan-bahan pemutih beracun ini biasanya dicampurkan dalam produk kosmetik krim pemutih terutamanya krim malam (Night Cream).

Raksa dalam krim pemutih yang digunakan berulang kali boleh terkumpul di kulit dan kemudiannya menyerap ke dalam badan lalu masuk ke salur darah. Raksa berbahaya kerana ianya mudah diserap oleh badan tetapi sukar untuk disingkirkan atau dikeluarkan.

KESAN BURUK MERKURI

Apabila raksa ini digunakan dalam krim pemutih, kesan sampingan awal yang boleh terjadi termasuk gatal-gatal, ruam pada kulit, hilang warna kulit (skin discoloration) dan juga parut. Terdedah kepada raksa untuk jangka yang lama membawa kesan yang lebih buruk kepada kesihatan.

WHO memberi amaran penggunaan raksa untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan gangguan sistem saraf. Raksa yang tinggi dalam badan juga menyebabkan gangguan emosi, tekanan, psikosis dan mengganggu perkembangan otak janin dan juga otak kanak

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=RI016AUmZOA]

Tags: kosmetikMerkuriraksa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

7 Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Merkuri

06/08/2019
0

PUTRAJAYA - Orang ramai dinasihatkan menghentikan penggunaan dan pembelian tujuh produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual iaitu merkuri. Ketua...

Jabatan Kesihatan P. Pinang Serbu Pemborong Produk

25/10/2018
0

BUKIT MERTAJAM - Sebuah premis pemborong kosmetik di sebuah pasar raya besar di sini diserbu sepasukan pegawai dan anggota daripada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd