• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kritikan Pembangkang Untuk Kelirukan Rakyat – Nancy

oleh Ahmad Albab
23/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Kritikan pembangkang berhubung usaha kerajaan negeri bagi penurunan kuasa adalah semata-mata bertujuan untuk mengelirukan rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Beliau berkata ia bukan perkara baharu tetapi merupakan tindakan susulan dan langkah betul berlandaskan Perjanjian Malaysia.

“Tan Sri Adenan Satem telah membangkitkannya beberapa hari selepas dilantik sebagai Ketua Menteri.

“Adenan memerlukan sokongan padu daripada setiap rakyat Sarawak kerana mandat lebih besar diberikan kepada Ketua Menteri dan Barisan Nasional pada pilihan raya negeri akan datang akan memberikan kerajaan negeri mandat jelas dalam rundingan dengan kerajaan persekutuan pada masa depan,” katanya.

Nancy berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bersempena perasmian Tahun Undang-Undang Sabah dan Sarawak 2016, di sini malam tadi.

DAP Sarawak dilaporkan secara berterusan mendakwa DAP merupakan parti yang bertanggungjawab mendesak kerajaan negeri memperjuangkan bagi penurunan kuasa kepada kerajaan negeri.

Nancy berkata isu-isu dibincangkan antara kerajaan negeri dan Putrajaya adalah amat penting dan langkah yang diambil melalui tiga fasa seperti digariskan Adenan merupakan proses betul dengan mengambil kira kepentingan isu berkenaan.

“Satu daripada perkara paling penting dibangkitkan Adenan dalam fasa pertama rundingan beliau dengan kerajaan persekutuan adalah bagi Sarawak dirundingi
dalam mendraf undang-undang Persekutuan, yang telahpun membawa hasil atau impak kepada rakyat dan kerajaan negeri,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]2mJmJsPzeUw[/wpdevart_youtube]

Tags: Nancy Shukri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sarawak Bantu Pelajar Yang Belum Terima Bayaran Biasiswa JPA

Next Post

6 Sekeluarga Maut Kereta Bertembung Lori Di Gua Musang

Related Posts

Nancy Lancar Jabatan Khusus Isu Kanak-Kanak

Nancy Lancar Jabatan Khusus Isu Kanak-Kanak

06/08/2024
0

Kerajaan telah mengambil langkah penting ke arah meningkatkan perlindungan dan kebajikan kanak-kanak dengan pelancaran rasmi Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) di...

Nancy Bidas Guan Eng Gelar Rakyat Sarawak Pengemis

15/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen dari Sarawak dilihat berang dengan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang didakwa telah menghina...

Next Post

6 Sekeluarga Maut Kereta Bertembung Lori Di Gua Musang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd