• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Bantu Pelajar Yang Belum Terima Bayaran Biasiswa JPA

oleh Ahmad Albab
23/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kerajaan negeri Sarawak akan membantu pelajar tempatan yang belum menerima bayaran bagi biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kata Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

“Ya, kami akan membantu mereka. Saya telah memberikan arahan kepada Yayasan Sarawak untuk mencari jalan dan kaedah mengenai cara terbaik untuk membantu mereka,” kata beliau dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata mereka yang terlibat dialu-alukan untuk mengemukakan petisyen kepada kerajaan negeri.

Semalam, beberapa orang daripada mereka datang bersama-sama untuk menulis surat merayu bantuan daripada Adenan.

Dalam perkembangan lain, Adenan mengalu-alukan nasihat Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum kepada hakim dan pegawai kehakiman di kedua-dua negeri itu untuk terus memberi tumpuan kepada kes-kes berkaitan alam sekitar dan pelancongan.

Adenan menyifatkan nasihat itu sebagai “idea yang bagus sekali.”

“Saya akan berbincang dengan Malanjum tentang bagaimana untuk merealisasikan perkara ini kerana ia membabitkan implikasi perundangan,” katanya.

Sementara itu, menyentuh mengenai pembayaran biasiswa JPA, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Dr Sim Kui Hian berkata beliau amat gembira kerajaan negeri di bawah kepimpinan Adenan telah tampil untuk membantu pelajar-pelajar terlibat melalui Yayasan Sarawak.

“Kami akan terus merayu kepada kerajaan Persekutuan yang menyelia biasiswa JPA supaya memberi perhatian kepada pelajar Sarawak sebagai kes khas.

“Saya sentiasa menegaskan bahawa tidak cukup baik untuk Sarawak untuk menuntut bagi lebih banyak projek-projek pembangunan infrastruktur lebih tetapi juga pembangunan sumber manusia melalui pelajarnya,” kata beliau. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]og1uPWhmbHo[/wpdevart_youtube]

Tags: Adenan Satem
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Thaipusam: 3 Maut, 3 Cedera Dilanggar Kereta

Next Post

Kritikan Pembangkang Untuk Kelirukan Rakyat – Nancy

Related Posts

Namakan Lapangan Terbang Kuching Sempena Adenan

05/04/2017
0

KUCHING - Seorang bekas menteri Sarawak, Tan Sri Leonard Linggi Jugah hari ini mencadangkan supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di...

Watson Nyambek Bantu Calon BN PRK Tanjong Datu

12/02/2017
0

KUCHING - Sokongan padu rakyat dan cetusan semangat terus diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Next Post

Kritikan Pembangkang Untuk Kelirukan Rakyat - Nancy

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd