MUSIM sejuk boleh jadi waktu yang membosankan bagi mereka tinggal di lokasi sejuk melampau tetapi di Minneapolis, Minnesota, Amerika Sarikat; seorang lelaki bernama Tom Grotting ada cara unik tersendiri.
Di menjadikan musim sejuk sebagai cara untuk hiburkan jirannya. Caranya adalah dengan letak seluar jeans di luar rumah dan biarkan ia beku sehingga kelihatan seolah-olah jeans itu dipakai oleh hantu atau orang halimunan.
Menurut Tom beliau hanya perlu basahkan jeans, bawa keluar dan bentukkan jeans seperti di dalam gambar.
Selepas beberapa minit seluar jeans yang basah tadi akan membeku dan mengeras. Maka akan menjadi seperti ini…
Meskipun nampak macam dipakai oleh hantu, ia tidak menakutkan jiran-jiran Tom. Sebaliknya mereka turut meniru cara Tom dan lakukan perkara yang sama.
Dan sekarang jeans seperti ini ada di merata-rata tempat di pekan ini. Bagi mereka yang baru tiba di pekan ini pada waktu malam mungkin akan terasa sedikit seram sebab tidak tahu cerita sebenar.






