• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Dijangka Terima Dua Buah Helikopter Pada 2017

oleh Ahmad Albab
23/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dijangka menerima dua buah helikopter jenis Agusta Westland AW189 tahun depan.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd Noor Ibrahim berkata helikopter berkenaan adalah untuk kegunaan bomba di Sabah.

“Pada masa ini, untuk kegunaan operasi di Sabah, kami gunakan dua buah helikopter yang berada di Sarawak.

“Setakat ini, bomba mempunyai tujuh buah helikopter, dua di Sarawak manakala lima di Semenanjung Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Kawalan Kecemasan (ECC) di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PLC Group Mohd Hazim Mohd Noordin.

Helikopter berkeupayaan sederhana itu yang dilengkapi enjin berkembar mampu memuatkan sehingga 14 orang termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang, selain mampu terbang selama enam jam dengan sekali isian minyak serta mempunyai kelajuan maksima 310 kilometer sejam.

Mengulas mengenai pusat kawalan itu, Wan Mohd Noor berkata pusat berkenaan berfungsi menyampaikan maklumat jika berlaku kecemasan di pelantar minyak dan akan beroperasi awal Februari ini.

“Ia bagus dan melalui pusat ECC ini, kami akan dapat memperoleh maklumat lebih tepat serta dapat merancang apakah tindakan serta apa yang perlu dibawa ke lokasi,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]f0HDJOhon_Y[/wpdevart_youtube]

Tags: Bombahelikopter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Maut Dalam Nahas Helikopter Di Filipina

Rakyat Malaysia Maut Dalam Nahas Helikopter Di Filipina

03/03/2026
0

MANILA – Seorang rakyat Malaysia dilaporkan maut selepas sebuah helikopter yang dinaiki terhempas di kawasan lapang di Pililla, wilayah Rizal, kira-kira...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd