• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pinda Akta Untuk Sekat Laman Blog Fitnah Institusi Kepimpinan Negara

oleh Ahmad Albab
20/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia yang dijangka dibentang di Parlimen Mac ini, akan menyelaras penguatkuasaan dalam menyekat laman blog yang memfitnah institusi kepimpinan negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata turut disekat ialah artikel dan catatan dalam laman sosial yang menggugat ketenteraman dan kestabilan negara serta melanggar Akta Hasutan yang diviralkan menerusi media sosial.

“Diharapkan sebaik saja dapat kelulusan daripada Peguam Negara dan kemuka kepada Kabinet, kalau ada kesempatan (pindaan) akan dibentang dalam Mac,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Media Sosial Malaysia 2016 di sini hari ini.

Salleh berkata pindaan tersebut akan memperjelas kuasa kerajaan dalam menguatkuasakan pelbagai akta bagi mengawal penyalahgunaan media sosial.

Ditanya mengenai blog Sarawak Report, beliau berkata walaupun laman blog berkenaan telah disekat namun pengendali laman blog berkenaan menggunakan wadah lain.

Beliua berkata pindaan yang bakal dilaksanakan membolehkan kerajaan menyekat wadah berkenaan.

“Sarawak Report terbukti asyik menyebar fitnah sahaja di mana tidak ada asas sama sekali apa yang dilaporkan. Jika tidak berbuat demikian (disekat) akhirnya rakyat juga akan terkeliru dengan benda-benda yang tidak ada asas sama sekali,” katanya.

Salleh berkata mesyuarat pertama jawatankuasa menangani penyalahgunaan media sosial yang beliau pengerusikan pada Selasa turut bersetuju untuk menyelaras tindakan penguatkuasaan dengan merujuk kepada 10 akta selain bahagian penguatkuasaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), diterajui polis. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]vYK-a41Nkds[/wpdevart_youtube]

Tags: Blog Fitnah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Ke Mana Tumpah Kuah Kalau Tidak Ke Nasi”

09/01/2018
0

KUALA LUMPUR - Buat tuduhan keatas kerajaan berkali-kali, tetapi apabila diminta berhubung untuk diberikan penjelasan tak mahu. Itu taktik jelas...

Rita Rudaini Gertak Saman Blog Jika Tak Mohon Maaf

12/07/2017
0

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak post haa makanlah saman... Begitulah yang menimpa nasib salah sebuah laman blog hiburan setelah memuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd