• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dadah Bernilai RM14.3 Juta Dirampas, 11 Ditahan

oleh Ahmad Albab
18/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis merampas dadah syabu dan ecstasy bernilai RM14.3 juta dan menahan 11 warga tempatan, termasuk dua wanita dalam serbuan di empat lokasi di Negeri Sembilan dan Selangor, semalam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis juga merampas tiga pucuk pistol, selaras senapang angin, 75 butir peluru dan sebutir bom tangan dalam serbuan itu.

Turut dirampas, lapan kenderaan jenis Ford Ranger, Mercedes Benz, BMW dan Toyota serta wang tunai berjumlah RM36,410, katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini hari ini.

Beliau berkata Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) menjalankan serbuan di Mantin, Negeri Sembilan, dan Kuala Kubu Baharu, Sungai Pelek dan Puchong, Selangor.

“STING juga menemui sebuah makmal mini bagi memproses syabu dan ecstasy di sebuah banglo di Mantin. Dadah yang dijumpai di keempat-empat lokasi itu dianggarkan seberat 180 kilogram,” katanya.

Khalid berkata suspek yang ditahan berumur lingkungan 32 hingga 65 tahun adalah anggota sindiket memproses dan mengedar dadah bagi pasaran tempatan dan Indonesia.

Seorang daripda mereka dipercayai merupakan dalang sindiket itu, katanya.
“Kesemua mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap dan ada di antara mereka mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan dadah,” kata Khalid.

Polis percaya anggota sindiket itu bergiat aktif sebulan yang lalu dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.

Khalid berkata dalam tempoh dua minggu pertama tahun ini, polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.4 juta dan harta bernilai RM4.5 juta.

“Rampasan itu melibatkan tangkapan 8,347 orang, termasuk 285 warga asing,” katanya.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]LKYVp9nUWx0[/wpdevart_youtube]

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd