• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelancong Jumpa Bangkai Beruang Matahari Terapung

oleh Ahmad Albab
18/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Bangkai seekor beruang matahari dewasa terapung di Sungai Kinabantangan merupakan perkara terakhir yang ingin dilihat pelancong dari Sweeden, Tommy Eriksson dan isterinya Teuta Hajra ketika menyusuri sungai itu untuk melihat hidupan liar.

Mereka berjaya mengambil gambar bangkai beruang itu kira-kira pukul 6 petang 16 Jan lepas dan berkongsi imej tersebut dengan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo (BSBCC), Wong Siew Te hari ini.

Bangkai tersebut merupakan bahagian bawah badan beruang matahari yang dibelah dua dengan kedua-dua kaki belakangnya hilang, dilihat terapung ke hilir Kampung Sukau, berdekatan dengan sebuah estet pertanian.

Menurut Eriksson, isterinya merupakan orang pertama menjumpai bangkai terapung di sungai itu dan apabila mereka melihat dengan dekat, mereka menyedari bahawa ia sebenarnya seekor beruang matahari yang dikerat dua.

Eriksson berkata mereka berasa sedih dan marah setelah melihat bangkai beruang matahari yang mati dipercayai akibat menjadi mangsa pemburuan haram.

“Kami sedih melihat skala penebangan hutan di kawasan ini. Pembunuhan ini sangat kejam. Negara ini mempunyai banyak hidupan liar yang menakjubkan dan saya berharap habitatnya akan dijaga dengan baik,” kata Hajra yang menitiskan air mata apabila melihat bangkai haiwan malang itu.

Bangkai beruang matahari itu kemudian ditemukan pada malamnya dengan bantuan anggota Persatuan Pengusaha Pelancongan Koridor Kehidupan Kinabatangan (KiTA) dan dihantar ke Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD) untuk siasatan.

Dalam satu kenyataan bersama oleh SWD dan BSBCC, Wong berkata beruang itu dibunuh dengan kejam dan tindakan itu menyalahi undang-undang dan perlu dihentikan segera.

“Populasi beruang matahari sudah terancam dengan kehilangan hutan hujan, dan habitat mereka terjejas kerana pembangunan pertanian.

“Populasi yang ada kini sangat lemah dan terdedah dengan kepupusan. Beruang matahari memainkan peranan penting dalam mengekalkan ekosistem hutan yang sihat.

Kehilangan beruang matahari ini tidak bagus untuk hutan yang ada,” kata Wong.

Tiada anggaran jumlah yang tepat bagi beruang matahari di hutan Sabah dan haiwan berkenaan yang dijumpai tanpa ibu atau dikurung untuk penjualan haiwan peliharaan biasanya dihantar ke BSBCC untuk pemulihan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Wj7LHQbc6Sc[/wpdevart_youtube]

Tags: BERUANG
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Serangan Beruang Di Hangzhou Safari Park:

Serangan Beruang Di Hangzhou Safari Park:

08/12/2025
0

Penjaga Selamat, Punca Didakwa Berkait 'Food Drive’ HANGZHOU – Rakaman video selama 46 saat yang tular di media sosial memaparkan...

Beruang Berguling Kesakitan Selepas Dilanggar Di LPT2

Beruang Berguling Kesakitan Selepas Dilanggar Di LPT2

04/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Seekor beruang berguling kesakitan di atas jalan dipercayai selepas dilanggar dalam kejadian di Kilometer (km) 422, Lebuhraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd