• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lawak! Cara Kathy & Syatilla Pamerkan Kemesraan

oleh AK-47
20/01/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALAHAI, ‘sporting‘nya!

Jika kebanyakan daripada kaum wanita yang akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi pasti masih terkapai-kapai ‘mencari tapak’ di hati bakal ibu mertua, berlainan pula senarionya dengan pelakon, Syatilla Melvin dan Khaty Fauziah.

Keakraban mereka memang telah terserlah sejak sekian lama lagi di laman sosial apabila kekasih Shaheizy Sam itu seringkali memaut nama pengguna Khaty pada foto-fotonya di Instagram, dan begitu juga sebaliknya dengan Khaty.

Kedua-dua mereka kelihatan sungguh mesra dan sering bergurau senda antara satu sama lain, sehinggakan ada daripada inside joke mereka yang kadangkala buatkan peminat keliru kerana lawaknya lebih kepada ‘membahan’ daripada sakat manja!

Baru-baru ini, Syatilla telah memuatnaik gambarnya bersama suami Khaty, Abdul Samad Jaaman di Instagram beserta kapsyen,“Ok sorry, kami xde niat nak sorok relationship kami. #jangankecamsaya @khatyfauziah”.

khaty

Kalau orang lain, mungkin dah kena ‘bambu’ teruk-teruk dengan bakal ibu mertua, tapi itulah perbezaan antara Syatilla dan Khaty dengan kita orang biasa.

Dengan nada berseloroh, Khaty relaks sahaja lalu meninggalkan satu respon selamba: “Mana satu kau nak ni?Laki aku? Atau anak aku? Hahahaha”, seperti dalam gambar di bawah:

khaty 2

Mungkin hubungan mesra antara Syatilla dan ibunya yang membuatkan hati Sam terbuka untuk melamarnya sebagai isteri, kan?

Ya lah, umum sudah sedia maklum bahawa Sam merupakan anak bongsu kesayangan Khaty dan sering menjadi peneman Sam ke majlis-majlis rasmi. Kedua-dua anak beranak ini memang mempunyai hubungan yang terlalu rapat sehinggakan jelas sekali Sam amat mengutamakan kata dua daripada ibunya dalam memilih sebarang keputusan hidup, termasuklah dalam soal jodoh.

Oleh sebab itulah, kami rasakan Syatilla amat bertuah kerana mempunyai bakal mertua yang ngam dan ‘sekepala’ dengannya. Bukan apa, mahu memikat hati ibu kepada kekasih kita bukan senang, tau!

Apa-apa pun, kami tumpang gembira atas kebahagiaan pasangan ini dan kami doakan agar majlis perkahwinan mereka yang bakal berlangsung awal Februari ini berjalan dengan lancar.-MYNEWSHUB.CC

Teks: Sara Khalid

Tags: Shaheizy SamSyatilla Melvin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Shaheizy Sam, Syatilla Melvin Timang Anak Kedua

17/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, Shaheizy Sam menimang cahaya mata kedua apabila isterinya, Syatilla Melvin selamat melahirkan bayi perempuan, jam 9.15...

Syatilla Pergi Kerja, Shaheizy Sam Ambil Tugas Jaga Anak

24/10/2018
0

PELAKON Shaheizy Sam dan isterinya Syatilla Melvin tidak mempunyai masalah untuk membahagikan masa menjaga anak sulung mereka, Syeriv Samheizy. Sam,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd