• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Dr Kanagalingam Terharu Dengan Anugerah FIM

oleh Ahmad Albab
17/01/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keluarga bekas Naib Presiden Suruhanjaya Perubatan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) Dr K. Kanagalingam terharu dengan anugerah posthumous yang diberikan FIM kepada mendiang.

Sumbangan bekas Ketua Pegawai Perubatan (CMO) di Litar Shah Alam untuk acara FIM dan Kejuaraan Dunia FIA (Persekutuan Automobil Antarabangsa) itu diiktiraf dengan satu anugerah khas pada majlis FIM Asia di sini malam tadi.

Biarpun menjadi doktor, minat tinggi mendiang kepada sukan permotoran ditunjukkan sejak 1978 sehingga namanya cukup dikenali dalam industri itu.

Dr Kanagalingam meninggal dunia pada Julai tahun lepas, lima bulan selepas bersara daripada FIM, ketika berusia 67 tahun berikutan komplikasi jantung, meninggalkan seorang balu, K. Shanthi dan dua anak perempuan, K. Dashni, 28, dan K. Diviyia, 26.

“Kami amat berbesar hati dengan anugerah ini. Beliau terlibat dengan sukan permotoran sejak sekian lama, sebelum kami berkahwin.

“Beliau terlibat secara aktif dengan sukan permotoran sehingga persaraannya. Selepas bersara, FIM ada memberikan anugerah kepadanya sewaktu Persidangan Suruhanjaya FIM di Geneva pada Februari lepas,” kata isterinya, Shanthi kepada Bernama.

Bagi Diviyia, ia adalah satu penghargaan menerima anugerah itu kerana sumbangan besar bapanya yang memberi penekanan kepada kepentingan keselamatan serta rawatan kecemasan dalam sukan berkenaan.

“Seingat saya, beliau membesarkan kami di litar…sering membawa kami ke Litar Shah Alam dan Sepang untuk go-kart dan sukan bermotor lain.

“Ada sekali saya memintanya untuk pergi bercuti selepas tamat peperiksaan UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah). Beliau membawa saya ke litar di Johor dan saya bertanya bagaimana ini dikira percutian?

“Beliau berkata ini ialah Johor dan ia adalah litar baru yang belum pernah dilihat sebelum ini. Begitulah caranya beliau menguruskan waktu bersama kami yang disesuaikan dengan minatnya,” kata Diviyia yang juga seorang jurutera di Proton.

Dikenali sebagai Dr Kana dalam kalangan rakannya, mendiang adalah satu-satunya rakyat Malaysia yang mencapai tahap tertinggi pegawai perubatan dalam sukan permotoran antarabangsa, kata Shah Yahya, Setiausaha Agung FIM Asia yang juga rakan mendiang sejak hampir 30 tahun lepas.

Shah berkata walaupun bukan pelumba, Dr Kana sangat dikenali dalam dunia perlumbaan kerana pengetahuan tinggi dan pengalamannya dalam perubatan sukan bermotor.

“Mendiang memiliki klinik di Brickfields tetapi apabila membabitkan sukan permotoran, beliau sanggup menutup kliniknya untuk beberapa bulan. Mendiang juga mempelajari ubat baru dan pada masa sama turut belajar akupuntur demi sukan permotoran,” kata Shah yang juga merupakan bekas pelumba kereta.

Antara sumbangan mendiang dalam FIM adalah memastikan keselamatan trek dan pelumba, menentukan semua peraturan acara dipatuhi selain menjadi panel juri jika terdapat bantahan dan masalah disiplin. – BERNAMA

Tags: Anugerah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

13/11/2025
0

Ipoh: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan pemalsuan anugerah kehormatan dan gelaran istiadat...

Penyelidik FRIM Rangkul Anugerah Penyelidik Wanita Cemerlang

28/05/2022
0

KUALA LUMPUR : Seorang penyelidik wanita di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) merangkul Anugerah Penyelidik Wanita Cemerlang daripada Venus International...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd