• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terpulang Kepada Zamri Jika Mahu Berlumba Lagi

oleh Ahmad Albab
17/01/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Keluarga bekas pelumba SuperSports 600cc negara, Mohamad Zamri Baba memberikan kebebasan kepada pelumba itu sekiranya beliau berhasrat untuk kembali ke trek lumba selepas pulih sepenuhnya dari kecederaan.

Pelumba berusia 32 tahun itu yang masih menjalani rawatan fisioterapi selepas terlibat dalam kemalangan ngeri pada Pusingan Dua Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sentul di Bogor, Indonesia pada 6 Jun lalu sehingga menyebabkan beliau lumpuh.

Isterinya, Fazlina Ahmad Fauzi, 33, berkata pelumba berasal dari Negeri Sembilan itu dijangka pulih sepenuhnya dalam masa setahun lagi dan perkara yang lebih mustahak bagi keluarganya ialah beliau kembali sihat sehingga dapat menguruskan dirinya.

“Beliau menunjukkan perkembangan yang positif. Kita termasuk semua rakyat Malaysia pun mahu dia sihat seperti dulu. Kalau ikutkan sekarang, dia boleh bercakap dan untuk makan dia masih guna tiub. Dia dalam proses untuk belajar berjalan balik, sedang pergi fisioterapi setiap hari.

“Berlumba itu nombor dua. Yang penting dia boleh uruskan diri sendiri. Terpulang kepada dia kalau nak terus berlumba kerana sebelum ini pun kita sokong dia,” katanya pada majlis makan malam dan penghargaan FIM Asia di Hotel Marriot di sini malam tadi.

Ibu kepada kepada dua anak lelaki itu iaitu Mohd Iqai, 7, dan Muhammad Farish, 2, berkata pasukan Zamri, Musashi Boon Siew Honda menangung semua kos rawatan pelumba itu.

Terdahulu Fazlina menerima penghargaan khas daripada daripada FIM Asia mewakili suaminya ke atas pencapaian pelumba itu, manakala pasukannya Musashi Boon Siew Honda yang muncul sebagai juara bagi kali keempat berturut-turut juga diberikan penghargaan.

Sementara itu pengurus pasukan Zulhelmi Ahmad berkata kontrak pelumba itu yang tamat pada tahun lepas telah dilanjutkan setahun sehingga akhir musim 2016 untuk membantu pelumba itu.

“Kami telah lanjutkan kontrak Zamri. Selain itu, kami juga menanggung semua kos rawatan dia untuk membantu dia,” katanya.

Turut dianuguerahkan penghargaan khas pada majlis tersebut ialah mendiang Dr Kanalingam dan Bambang Gunardi dari Indonesia.

Selaku tuan rumah penganjuran, penghargaan turut diberikan kepada juara-juara dalam siri Kejuaraan Cup Prix AAM Malaysia Petronas termasuk tiga juara kelas terbuka, Ahmad Fazrul Sham (CP130), Kasma Daniel Kasmayuddin (CP115) dan Harith Farhan Baharin (Wira).

Senarai Penerima Penghargaan:

Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC)
————————————

SuperSports 600cc:
Individu: Yuki Takahashi (JPN) Musashi Boon Siew Honda
Pasukan: Musashi Boon Siew Honda

Asia Production 250cc:
Individu: Tekehiro Yamamoto (JPN) Trickstar Racing
Pasukan: AP Honda Racing Thailand

Underbone 130cc:
Individu: Gupitha Kresna Wardhana (INA) Manual Tech KYT Rextor
Pasukan: Manual Tech KYT Rextor

Asian Dream Cup:
Individu: Muklada Sarapuech (THA)

Suzuki Asian Challenge:
Individu: Andreas Gunawan (INA)

Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas
—————————————–

CP130:
Individu: Ahmad Fazrul Sham (Yamalube AHM)
Pasukan: Petronas Yamaha CKJ

CP115:
Individu: Kasma Daniel Kasmayuddin (Petronas Yamaha Maju Motor)
Pasukan: Petronas Yamaha Maju Motor

Wira:
Individu: Muhamad Harith Farhan Baharin (Kozi Yamaha Honda Racing)
Pasukan: Kozi Yam Honda Racing

Honda Future One Make Challenge:
Individu: Md Aznil Md Ali

Yamaha Petronas Super Series:
Individu: Md Haziq Md Fairues

Por-Am Cup:
Individu: Azrulaffendi Hadi

– BERNAMA

[wpdevart_youtube]SsJCaxIlkCQ[/wpdevart_youtube]

Tags: ARRC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misi Sukar Zaqhwan Zaidi Pertahan Kejuaraan

29/11/2017
0

PELUMBA SuperSports 600cc negara, Mohd Zaqhwan Zaidi mengakui berasa sedikit tertekan menghadapi pusingan terakhir Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) dalam...

Yuki Hadiahkan Kemenangan Buat Zamri

05/07/2015
0

YUKI Takahashi menghadiahkan kemenangan buat rakan sepasukan, Mohd Zamri baba yang kini masih menjalani rawatan di Indonesia sebaik menjuarai Perlumbaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd