• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tumpuan Kepada Adenan Cara Beliau Selesaikan Agihan Kerusi Negeri

oleh Ahmad Albab
17/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sarawak akan mengadakan pilihan raya negeri selepas Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem membayangkan beberapa kali bahawa ia akan diadakan pada Mac ini.

Bagaimanapun isu politik yang membelenggu dua parti komponen Barisan Nasional (BN) – Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan dua parti baharu ‘mesra BN’ – Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) – masih belum diselesaikan.

Krisis dalaman membabitkan kedua-dua parti itu membawa kepada penubuhan UPP bagi SUPP dan Teras bagi SPDP.

Soalan popular yang ditanya kalangan rakyat Sarawak ialah bila dan adakah kedua-dua parti, UPP dan Teras akan diterima menyertai BN. Jika mereka tidak diterima apakah peranan kedua-dua parti itu dalam pilihan raya negeri Sarawak akan datang, yang penggalnya tamat pada 20 Jun 2016.

Semua mata kini tertumpu kepada Adenan bagaimana beliau yang juga Pengerusi BN Sarawak akan menyelesaikan perkara itu tetapi Adenan berkata beliau akan membuat keputusan apabila tiba masanya selepas beliau memberi peluang yang cukup kepada pemimpin keempat-empat parti menyelesaikan perkara itu.

Soalan lain yang diaju, jika UPP dan Teras diterima ke dalam BN adakah SUPP dan SPDP bersedia bertolak ansur dalam pembahagian kerusi.

Juga menjadi spekulasi, siapa yang akan mendapat 11 kerusi baharu, atau lebih tepat enam kerusi kerana Adenan telah menyatakan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang dipimpinnya akan mendapat lima daripada 11 kerusi berkenaan.

Kerusi dan calon yang melobi telah semakin kuat di akar umbi, terutama di kawasan kerusi baharu serta kerusi yang menjadi pertikaian antara SUPP dan UPP, serta antara SPDP dan Teras.

Kedua-dua pemimpin SUPP dan SPDP telah menyatakan secara terbuka dan berulang kali mereka tidak akan bersetuju dengan penerimaan UPP dan Teras serta menegaskan kedua-dua parti itu tidak akan memberi mana-mana kerusi mereka kepada kedua-dua lawannya itu.

UPP diketuai bekas Timbalan Setiausaha Agung SUPP Datuk Seri Wong Soon Koh dan turut dianggotai empat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) manakala Teras pula yang diterajui bekas Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom mempunyai lima ADUN.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) meningkat kepada 82 daripada 71. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]GQ9YPt44tKI[/wpdevart_youtube]

Tags: Adenan Satem
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Smartphone Yang Kurang Popular.. Tapi Sebenarnya Bagus

Next Post

Video: Amy Search Terseliuh Bahu Akibat Terjatuh Dari Pentas

Related Posts

Namakan Lapangan Terbang Kuching Sempena Adenan

05/04/2017
0

KUCHING - Seorang bekas menteri Sarawak, Tan Sri Leonard Linggi Jugah hari ini mencadangkan supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di...

Watson Nyambek Bantu Calon BN PRK Tanjong Datu

12/02/2017
0

KUCHING - Sokongan padu rakyat dan cetusan semangat terus diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Next Post

Video: Amy Search Terseliuh Bahu Akibat Terjatuh Dari Pentas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd