• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rico Maut Terkena Bom Ketika Disaman Polis

oleh Ahmad Albab
19/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Ibarat seperti sudah dijemput ajal, begitulah nasib salah seorang mangsa, Rico Hermawan yang maut dalam serangan bom dan senjata api di Jalan Thamrin di sini Khamis lepas.

Beberapa saat sebelum berlaku serangan bom dan senjata api itu, Rico sebenarnya ditahan polis.

Dia disaman kerana melakukan kesalahan lalu lintas di tempat kejadian atas kesalahan membawa motosikal melawan arus.

Ketika kejadian, Rico, 21, membawa sepupu perempuannya bernama Anggun Kartikasari, 24, untuk menghadiri temu duga di bangunan berhampiran dan ketika sedang disaman polis, berlaku letupan di pondok polis di Jalan M.H Thamrin yang meragut nyawanya.

Rico maut di tempat kejadian kerana terkena letupan manakala Anggun dan polis terlibat parah akibat terkena serpihan bom dan dilaporkan masih dirawat di hospital.

Menurut seorang saudara Rico yang dikenali sebagai Didi, beliau mengetahui cerita mengenai kejadian yang menimpa Rico itu setelah melawat Anggun di hospital yang telah boleh bercakap tetapi masih lemah dan trauma.

Rico bekerja sebagai penjaga rumah mayat di Hospital Polis Republik Indonesia yang akhirnya mayatnya ditempatkan di situ untuk bedah siasat.

Jenazahnya diserahkan kepada keluarga tengah malam Sabtu dan dibawa pulang oleh keluarganya ke Boyolali, Jawa Tengah untuk dikebumikan.

Bapa saudara Rico, Sigit berkata seluruh anggota keluarga masih bersedih dan enggan memberi sebarang kenyataan mengenai tragedi yang menimpa Rico.

Katanya, mereka hanya mengetahui kejadian itu menerusi siaran berita televisyen apabila nama Rico disebut dan terdapat polis yang menghubungi keluarganya, mereka bergegas ke Jakarta untuk mengesahkan mayat Rico.

Ketua Hubungan Manusia Polis Daerah Metro Jaya, M.Iqbal berkata polis mengesahkan Rico orang awam yang terkorban dan kejadian yang menimpa Rico dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di tepi pondok polis itu.

Dalam kejadian serangan bom dan senjata api pagi Khamis lepas, tujuh orang mati termasuk lima daripadanya adalah suspek pengganas, manakala lebih 30 orang termasuk lima anggota polis dilaporkan parah. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]JhIDZgcjjjo[/wpdevart_youtube]

Tags: Bom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

06/03/2025
1

SEOUL: Sekurang-kurangnya 15 orang awam cedera pada Khamis selepas sebuah Jet pejuang Korea Selatan secara tidak sengaja menggugurkan 8 bom...

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

26/01/2025
0

ISTANBUL - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan pada Sabtu bahawa "banyak perkara yang telah ditempah dan dibayar oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd