• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Burger Ramly Jangka Keuntungan Berganda

oleh Ahmad Albab
17/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Terkenal dengan jenama Ramly Burger, syarikat anak tempatan ini menjangkakan pendapatan mereka akan meningkat sekali ganda iaitu mencecah RM2 billion berikutan pembinaan kilang produksi baharu di Pulau Indah, Selangor yang akan beroperasi sepenuhnya pada 2018.

Fasa pertama yang dijangka siap pada akhir tahun depan akan meningkatkan kapasiti dari 100 tan kepada 300 tan sehari. Kapasiti akan terus meningkat sebanyak 300 tan sehari selepas siap fasa kedua.

Kilang yang akan dilengkapi dengan mesin automatik ini diharapkan dapat membantu Ramly untuk mencapai kemajuan dalam industri pemprosesan halal toyibban (makanan yang bersih, baik dan selamat) di dalam negara dan pasaran antarabangsa.

Buat masa ini perkembangan bisnes adalah statik berikutan fasiliti sedia ada sedang berfungsi pada tahap maksima dan hanya dapat mengeksport produk ke Singapura, Thailand, Indonesia, Cambodia, Myanmar dan Bangladesh.

Dengan pembinaan kilang baru ini, kumpulan Ramly akan mempunyai depot penyimpanan, logistik halal, pusat latihan dan pusat penyelidikan dan pembangunan.

Kumpulan Ramly juga akan berupaya meningkatkan aktiviti pengeksportan produk mereka ke rantau Asean, Timur Tengah, Eropah, Jepun dan Korea. Ia adalah salah satu pelan pengembangan syarikat yang positif.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=7IaQwGZFKm8]

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Eksklusif: Ada Juga Lori Bauksit Masih Bebas Bergerak?

Next Post

Gempak! JDT Perkenal Jersi Baharu 2016 Siap Iklannya Sekali

Related Posts

Rafizi Umum Letak Jawatan Berkuat Kuasa 17 Jun

Rafizi Umum Letak Jawatan Berkuat Kuasa 17 Jun

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan daripada Jemaah Menteri kepada Perdana Menteri....

Penjelasan Skandal ‘CCTV Dan Wiring’

Penjelasan Skandal ‘CCTV Dan Wiring’

28/05/2025
0

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang sebelum ini tular di media sosial kerana didakwa menjalin hubungan sulit dengan seorang guru...

Next Post

Gempak! JDT Perkenal Jersi Baharu 2016 Siap Iklannya Sekali

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd