• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kehadiran Murid Orang Asli SK Tohoi Tunjuk Perkembangan Positif

oleh Ahmad Albab
15/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Kehadiran lebih ramai murid Orang Asli ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi menunjukkan perkembangan positif dengan purata kehadiran sekitar 115 orang sehari berbanding 101 orang pada minggu pertama persekolahan.

Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Gua Musang Muhammad Zahari Othman berkata peningkatan itu disebabkan pelbagai faktor termasuk kesedaran ibu bapa dan murid, selain keadaan cuaca dan usaha berterusan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) serta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

“Setakat ini peratus kehadiran pelajar adalah antara 55 hingga 58 peratus setiap hari dan ia adalah keadaan biasa seperti tahun-tahun sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Jumaat.

Muhammad Zahari berkata peratusan tersebut memang lazim dialami sekolah berkenaan pada bulan Januari setiap tahun.

Beliau berkata kerjasama masih dijalankan semua pihak terutama pengurusan SK Tohoi dan JAKOA bagi memastikan pertambahan kehadiran pelajar.

“Berdasarkan trend semasa ini kami yakin pertambahan murid ke sekolah akan meningkat dari semasa ke semasa. Kami dapati masyarakat Orang Asli juga secara beransur-ansur makin pulih daripada trauma insiden kehilangan murid Orang Asli Ogos lalu,” kata Muhammad Zahari.

Beliau berkata jumlah kehadiran murid akan meningkat selepas Tahun Baharu Cina apabila kemarau bermula dan jalan tidak lagi becak untuk digunakan murid ke sekolah.

“Pelbagai program kaunseling akan terus dilaksanakan terutama kepada ketua masyarakat dan ibu bapa masyarakat Orang Asli di Pos Tohoi untuk membina semangat dan kekuatan bagi meneruskan pembelajaran anak masing-masing.

“Antara program itu termasuk khidmat mesra masyarakat Orang Asli bersama 37 pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada Jumaat dan Sabtu ini,” katanya.

SK Tohoi mempunyai 189 murid dan kebanyakan mereka tinggal di Kampung Penad, Gawin, Simpor, Sedal, Dangdut, Halak, Rekom dan Jader, kira-kira 60 kilometer dari SK Tohoi.

Ogos lepas, tujuh murid SK Tohoi bertindak melarikan diri daripada asrama kerana takut dikenakan hukuman oleh guru selepas mandi di sungai tanpa kebenaran.

Selepas hampir 50 hari hilang, Norieen dan Miksudiar ditemui masih hidup dalam keadaan kelaparan dan dehidrasi di tebing sungai dalam hutan di situ.

Selain Miksudiar dan Norieen, lima lagi kanak-kanak yang hilang ialah Ika Ayel (9 tahun), Sasa Sobrie (8), Haikal Yaakob (8), Linda Rosli (8) dan Juvina David (7), yang kesemuanya dari Kampung Gawin dan Kampung Penad.

Lebih memilukan, empat daripada kanak-kanak itu – Ika, Haikal, Linda dan Juvina ditemui mati, manakala Sasa hingga kini belum ditemui. – BERNAMA

Tags: Orang AsliSK Tohoi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hidroelektrik Nenggiri: 1,200 Orang Asli Terkesan Dipindah Mulai Pertengahan 2026

Hidroelektrik Nenggiri: 1,200 Orang Asli Terkesan Dipindah Mulai Pertengahan 2026

21/08/2024
0

Sebanyak 1,200 Orang Asli di Pos Pulat, Pos Tohoi dan Kampung Kuala Wias di Gua Musang yang terkesan dengan pembinaan...

UiTM Kekal Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Anak Negeri Sabah, Sarawak

UiTM Kekal Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Anak Negeri Sabah, Sarawak

26/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mengekalkan dasar Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk pelajar Melayu, Orang Asli dan anak negeri Sabah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd