• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuaca Panas: Risiko Alami Dehidrasi Dan Strok Haba

oleh Ahmad Albab
11/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Cuaca panas dan kering yang berpanjangan boleh menyebabkan seseorang lebih berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

“Cuaca panas yang terlampau boleh menyebabkan seseorang kerap berpeluh dan kesannya, cecair dalam tubuh akan berkurangan seterusnya menyebabkan individu tersebut mudah berasa letih dan kurang bertenaga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini mengenai penjagaan kesihatan ketika cuaca panas dan kering.

Beliau berkata musim kering berpanjangan boleh menyebabkan beberapa masalah seperti krisis bekalan air, cuaca panas, kebakaran hutan dan jerebu dan berisiko menimbulkan beberapa penyakit berkaitan masalah tersebut.

Antara penyakit berkaitan ialah kejadian penyakit bawaan air dan makanan, penyakit bawaan vektor seperti demam denggi dan penyakit berkaitan jerebu iaitu jangkitan pada saluran atas pernafasan (URTI), asma dan konjunktivitis.

“Kanak-kanak dan warga emas adalah antara mereka yang paling berisiko mendapat penyakit ini,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai bersiap sedia dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas dan kering yang dijangka berlanjutan sehingga Mac depan.

Menurutnya, Jabatan Meteorologi memaklumkan cuaca panas dan kering yang kini berlaku di Perlis dan Kedah dijangka turut dirasai di seluruh Semenanjung, Sabah, Bahagian Limbang dan Miri di Sarawak pada penghujung Januari hingga Mac tahun ini.

Keadaan yang disebabkan fenomena El Nino dijangka menyebabkan pengurangan jumlah hujan antara 20 hingga 60 peratus dan kenaikan suhu sekitar 0.5 hingga 2.0 darjah Celsius berbanding hari biasa suhu maksimum ialah di antara 28.6 dan 35 darjah Celsius manakala semasa hari panas adalah antara 35 dan 37 darjah Celsius, katanya.

Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai agar minum air yang dimasak secukupnya dan pada masa sama mengehadkan aktiviti di luar dan jika tidak dapat dielakkan, pakai topi atau payung yang boleh melindungi diri daripada terlalu terdedah dengan cuaca panas.

Orang ramai juga harus memakai pakaian yang ringan dan elak pakaian tebal dan ketat, sebolehnya berada dalam rumah atau bangunan yang mempunyai pengudaraan yang cukup atau kelengkapan pendingin hawa sekiranya mampu.

Orang ramai disaran agar menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes dan bagi mereka yang menyimpan air di dalam bekas, diingatkan supaya memastikan bekas penyimpanan air adalah bersih dan selamat, katanya.

“Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk,” katanya.

“Perokok, pengguna rokok elektronik dan vapers juga dinasihatkan supaya berhenti merokok dan berhenti menggunakan rokok elektronik dan vape,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]087XYNtUkbY[/wpdevart_youtube]

Tags: Cuacapanas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cuaca Panas, Angin Kencang Diramal Landa Tanah Suci Pada Musim Haji

Cuaca Panas, Angin Kencang Diramal Landa Tanah Suci Pada Musim Haji

29/05/2025
0

MAKKAH: Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi meramalkan keadaan cuaca panas hingga sangat panas di kawasan Tanah Suci sepanjang musim haji...

Cuaca Dan Kecuaian Punca Kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai

Cuaca Dan Kecuaian Punca Kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai

29/11/2024
0

Kuala Lumpur : Faktor cuaca dan kecuaian pemandu antara punca utama kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai (KPKP) terbabas Kilometer (KM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd