• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Viral, Gambar Pekerja Bangla ‘Kembar’ Ketua Polis Negara

oleh Ahmad Albab
09/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Shah Alam – Umpama artis, seorang pekerja restoran warga Bangladesh, Md. Raton Choukidar, 37; sudah lali apabila orang ramai meminta untuk bergambar dengannya sama ada di tempat kerja mahupun ketika berjalan-jalan.

Semuanya hanya kerana wajahnya yang dikatakan iras Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mula diviralkan sejak sebulan lalu.

Dia yang hanya mahu dipanggil ‘Bhaiya’, bekerja di Restoran Nasi Ayam Pak Mal, Seksyen 10, sejak lima tahun lalu, namun hanya baru-baru ini saja ramai mula memintanya untuk mengambil gambar.

“Saya tidak kenal lelaki yang mereka katakan seiras dengan saya itu tetapi mereka ada beritahu yang lelaki itu adalah polis.

“Tetapi selepas saya lihat wajahnya hari ini (selepas ditunjukkan wartawan) rasanya tidaklah sama sangat,” katanya ketika ditemui, semalam.

Bhaiya berkata, ada sekumpulan polis datang ke tempat kerjanya itu dan sanggup menunggu selama lebih setengah jam semata-mata mahu mengambil gambar dengannya.

Katanya, semua itu tidak mengganggu dirinya kerana ia hanya untuk suka-suka.

“Semua orang ‘happy’ saya pun ‘happy’, selagi tidak mengganggu saya atau berkasar, saya layan.

“Saya juga teringin untuk melihat sendiri beliau (Khalid) kerana saya tidak percaya muka kami betul-betul sama,” katanya.

Sementara itu, pengunjung tetap restoran itu, Abdul Halim Bakri, 52; berkata, dia baru menyedari lelaki yang dikatakan seiras dengan Khalid itu bekerja di situ.

“Saya pernah tengok di laman sosial gambar dia tetapi baru hari ini tahu dia bekerja di sini.

“Adalah sedikit persamaan, tapi tidaklah sama sangat kalau dilihat betul-betul,” katanya.

Sementara itu, pengurus restoran berkenaan, Ameerul Izham Kamalul Hilal, 29; berkata, selama lima tahun Bhaiya bekerja di situ, dia tidak pernah menyedari persamaan itu sehingga perkara itu menjadi viral, baru-baru ini.

Menurutnya, selain bekerja sebagai tukang masak dan pelayan, Bhaiya juga adalah pekerja asing yang bertanggungjawab sebagai ketua di restorannya itu. – myMetro Online

Tags: kembarkhalid abu bakar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Adalah Munasabah Najib Tidak Tahu Sumber Dana Dalam Akaun’ – Peguam Bela

Dua Beradik Kembar Maut Nahas Dua Kenderaan

11/10/2023
0

PASIR SALAK: Dua beradik kembar maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kampung Changkat Rambai, Jalan Kampung Gajah-Tanjung Tualang...

Putin Guna ‘Kembar’ Untuk Tujuan Keselamatan

04/04/2022
0

MOSCOW – Presiden Rusia, Vladimir Putin dikatakan menggunakan khidmat penyamar yang mempunyai rupa paras seperti dirinya bagi tujuan keselamatan, lapor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd