• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita UMNO Juarai Golongan Profesional, Korporat

oleh Ahmad Albab
07/12/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pergerakan Wanita UMNO mengatur strategi untuk menjuarai nasib golongan wanita yang terlibat dalam bidang korporat dan profesional di negara ini.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Wanita UMNO perlu bergerak ke hadapan dengan memikul tanggungjawab untuk menangani isu berbangkit membabitkan kumpulan berkenaan.

“Ramai wanita dalam bidang profesional dan korporat tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Mereka juga memerlukan perjuangan dan perhatian yang lebih.

“Jadi Wanita UMNO akan juarai isu mereka. Kita akan berjuang menangani isu yang sekat mereka untuk berjaya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Women Power Talk sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015.

Selain itu Shahrizat berkata, Wanita UMNO menubuhkan unit pengumpulan data di bawah pergerakan itu bagi mendapatkan maklumat yang jelas membabitkan golongan wanita profesional.

Katanya, penubuhan unit berkenaan adalah bagi bagi memastikan program yang bakal dirancang memberi kesan kepada kumpulan sasar.

“Wanita UMNO telah mula jalankan aktiviti di luar program politik semata-mata. Namun jika kita mahu bekerja dengan efektif, sistem data amat penting.

“Dengan unit berkenaan, kita boleh rancangan pelbagai program bersesuaian dengan sempurna,” katanya. – mStar Online

Tags: Shahrizat Abdul JalilWanita UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shahrizat Kembali Dalam Organisasi UMNO

Shahrizat Kembali Dalam Organisasi UMNO

22/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Biarpun tewas kepada Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dalam perebutan jawatan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat...

Shahrizat Sah Bertanding Ketua Wanita UMNO

Shahrizat Sah Bertanding Ketua Wanita UMNO

17/02/2023
0

Kuala Lumpur : Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil secara rasminya bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO dan menyerahkan kertas pencalonannya awal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd