• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

VIDEO: Nabila Huda Sah Bergelar Isteri Pengurus Restoran

oleh AK-47
26/12/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

DENGAN sekali lafaz, pelakon Nabila Huda kembali sah bergelar isteri kepada pengurus restoran, Mohd. Izwan Johar pada Jumaat.

Pasangan bak merpati dua sejoli ini diijab kabulkan di Masjid Sultan Salehuddin Aziz Shah, Shah Alam, Selangor kira-kira pukul 9.20 pagi

Pasangan ini dinikahkan di oleh bapa pengantin perempuan, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy Search, 57, dan disaksikan jurunikah masjid, Khairuddin Haiyon.

Nabila menerima lima dulang hantaran, mas kahwin berjumlah RM300 berbalas tujuh dulang hantaran kepada pengantin lelaki. Manakala, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Pada majlis itu, anak vokalis kumpulan Search ini meluahkan rasa syukurnya terhadap majlis yang berjalan lancar.

[Live Update] EH! mengucapkan selamat pengantin baru buat Nabila Huda dan pasangan, Mohd Izwan Johar. Semoga perkahwinan ini diberkati dan dirahmati sentiasa. Nantikan berita penuh di www.eh.com.my. Klik link di bio. #ehmalaysia #eh

A photo posted by EH! (@ehmalaysia) on Dec 24, 2015 at 6:35pm PST

[Live Update] Selesai majlis pernikahan Nabila Huda dan Mohd Izwan Johar di Dewan Nikah Masjid Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam. Nabila dan anaknya, Keisha Laila bersama suami Izwan di sesi bergambar. #ehmalaysia #eh A photo posted by EH! (@ehmalaysia) on Dec 24, 2015 at 6:30pm PST

[Live Update] Nabila Huda dan suami, Mohd Izwan Johar bersama seisi keluarga. #ehmalaysia #eh

A photo posted by EH! (@ehmalaysia) on Dec 24, 2015 at 5:53pm PST

[Live Update] Nabila Huda sah menjadi isteri kepada pasangannya, Mohd Izwan Bin Johar. Bapanya, Amy Search sebagai wali. #ehmalaysia #eh A photo posted by EH! (@ehmalaysia) on Dec 24, 2015 at 5:35pm PST

[Live Update] Dengan satu lafaz, Nabila Huda sah bergelar isteri kepada Mohd Izwan Bin Johar dengan berwalikan bapanya, Amy Search. #ehmalaysia #eh

A video posted by EH! (@ehmalaysia) on Dec 24, 2015 at 5:28pm PST

“Alhamdulillah segalanya berjalan lancar seperti dirancangkan dan seperti mana pasangan lain saya berharap ini adalah perkahwinan terakhir dan kekal sehingga akhir hayat,” katanya.

Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada malam Sabtu di kediaman pihak lelaki di Shah Alam.

Terdahulu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Zaidi Zailani, 34; namun mereka bercerai pada 2011 selepas tiga tahun bersama.

Hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak perempuan iaitu Keisha Laila yang kini berusia lima tahun. – MYNEWSHUB.CC

 

Sumber: mStar Online

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=J0XzbOrbLzE]

Tags: Nabila Huda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“PU Syed, Datang Jumpa Saya” – Nabila

05/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Nabila Huda, mengakui terkilan dengan cara Pencetus Ummah (PU) Syed menegur perlakuannya secara terbuka di media...

Nabila Tak Patut Muat Naik Gambar Dengan Anjing – PU Syed

01/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Seperti dijangkakan, tindakan pelakon Nabila Huda berkongsi foto ‘selfie’ bersama seekor anjing di Instagramnya kelmarin menjadi kontroversi di media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd