• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Upin & Ipin, Watak Kartun Paling Diminati Di Jakarta

oleh AK-47
24/12/2015
dalam Artis, Utama & Sensasi
1
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUT sahaja Upin & Ipin, pasti ramai kanak-kanak di luar sana tahu. Dua watak kartun itu, telah berjaya mencetuskan fenomenanya yang tersendiri bukan setakat di Malaysia, malahan di Indonesia.

Terbaharu, siri animasi Upin & Ipin terbitan Les Copaque Production ini berjaya menggondol anugerah Watak Kartun Yang Paling Diminati dan Kartun Yang paling Diminati pada majlis Anugerah Ibu Anak 2015 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.

Kemenangan itu diraih selepas mendapat undian pesanan khidmat ringkas (SMS) tertinggi.

Upin & Ipin merupakan dua karakter animasi yang menjadi kesukaan ramai kanak-kanak.
Upin & Ipin, dua karakter animasi yang jadi kesukaan ramai kanak-kanak.

Pengarah Urusan Les Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, pihaknya berasa gembira dengan pencapaian tersebut dan  akan cuba meneruskan kecemerlangan di masa akan datang.

“Misi kami adalah memberikan yang terbaik dan mewujudkan animasi bertaraf dunia. Kami menyeru mereka yang terlibat dalam industri ini untuk menyertai kami dalam membawa standard animasi tempatan ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Bersama watak-watak lain yang turut menyinari animasi bersiri ini.
Bersama watak-watak lain yang turut menyinari animasi bersiri ini.

Siri animasi Upin & Ipin ke udara buat kali pertama pada tahun 2007 dan telah meraih pelbagai anugerah lain. Pencapaian terbaik siri animasi ini adalah aberjaya membuat kemunculan antarabangsa di Disney Channel Asia pada 2009.

Sumber: M Star 

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=cbeWhQY-OpE]

Tags: AnugerahJakartaUpin & Ipin
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

13/11/2025
0

Ipoh: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan pemalsuan anugerah kehormatan dan gelaran istiadat...

Wanita Tidak Bayar Hutang Dibaling Pisang

Wanita Tidak Bayar Hutang Dibaling Pisang

24/06/2023
0

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita membaling pisang ke arah wanita lain yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd