• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Tetap Pilihan Terbaik Kepada Golongan Muda

oleh Ahmad Albab
05/12/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO tetap menjadi parti terbaik untuk golongan muda dalam menyediakan platform kepada mereka memperkembangkan potensi diri, kata Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata golongan muda juga dilihat terus memberikan sokongan terhadap program-program yang dianjurkan parti berkenaan.

“Saya tidak merasakan mereka (golongan muda) lari daripada UMNO,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan aluan pada Simposium Agroprenuer Muda di sini, hari ini.

Ahmad Shabery yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata simposium itu, misalnya antara program UMNO yang diadakan bagi menggalakkan golongan muda menceburi dan memperkembangkan potensi mereka dalam bidang pertanian.

Simposium dua hari bermula hari ini, itu diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015, yang bertemakan ‘Kedaulatan Makanan Asas Kekuatan Negara’, dihadiri 400 peserta terdiri daripada wakil Kelab UMNO Luar Negara serta Pemuda dan Puteri UMNO.

“Apa pilihan yang mereka (golongan muda) ada ketika ini? Kalau mereka kata tidak suka UMNO, nak pergi kepada DAP, apa yang dapat diberikan oleh DAP?

“Apa yang dapat diberikan PKR?, mereka juga dilambung pelbagai masalah.

Rekod mereka tidak memberangsangkan, malah pakatan pembangkang sudah hancur,” katanya.

Ahmad Shabery yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata walaupun UMNO berdepan pelbagai cabaran, parti itu berjaya menghadapinya dengan cara tersendiri.

“UMNO sentiasa melalui cabaran dan gelora, ia asam garam yang dilalui mana-mana parti politik dan pemimpin. Jika kita lihat daripada rekod sebelum ini, UMNO masih bertahan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad ShaberyUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd