• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Turun Padang Tangani Masalah Rakyat, Soal Kemiskinan

oleh Ahmad Albab
13/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta turun padang untuk terus menangani masalah yang membelenggu rakyat termasuk isu kemiskinan dalam kalangan masyarakat.

Ketika membuat gesaan itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mereka perlu membantu pelaksanaan program kerajaan yang memberi tumpuan kepada golongan miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah (B40) dan rakyat berpendapatan sederhana (M40).

“Kita perlu ketepikan soal agama, bahasa dan budaya apabila kita mahu atasi soal kemiskinan. Kemiskinan harus menjadi agenda kita sebagai parti-parti komponen BN.

“Kita harus bersama kepimpinan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu beliau (melaksanakannya),” kata Ahmad Zahid ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Parti Progresif Penduduk Malaysia (myPPP) ke-62 di sini hari ini.

Naib Presiden UMNO itu berkata langkah membantu golongan berkenaan juga seiring dengan agenda Najib untuk melakukan transformasi dalam bidang ekonomi.

Ahmad Zahid berkata semua parti komponen BN harus menunjukkan kebertanggungjawaban dalam membantu rakyat yang diharap menghargai apa yang dilakukan dan seterusnya memberi respons yang baik kepada kerajaan.

Dalam pada itu, beliau berkata kegembiraan rakyat dengan segala bentuk bantuan fizikal yang dihulurkan kerajaan seperti sekolah dan wang ringgit perlu diseimbangi dengan apa yang disifatkannya sebagai “spiritual happiness” iaitu kegembiraan dalaman di jiwa mereka.

“Yang penting bukan hanya peruntukan, yang penting bukan hanya wang ringgit. Yang penting ialah bagaimana ‘spiritual happiness’ disuntik oleh kepimpinan dan parti komponen BN,” katanya.

Ahmad Zahid menegaskan bahawa kegembiraan sebenar itu akan menjurus kepada sebuah masyarakat yang saling menghormati dan sekali gus menghindari masalah termasuk perkauman dan jenayah.

Pada sidang media kemudian, beliau berharap penjenamaan semula myPPP yang sebelum ini dikenali sebagai PPP akan diterjemah kepada sumbangan besar parti itu kepada BN secara keseluruhannya pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam ucapannya, Presiden myPPP Tan Sri M. Kayveas berkata parti pimpinannya itu akan melaksanakan apa yang dipanggil “365-day challenge” (cabaran 365 hari)merangkumi cabaran melakukan satu program setiap hari untuk mendekatkan parti itu dengan masyarakat, terutama golongan belia.

Katanya, ini termasuk inisiatif ‘myInsurance’, ‘myWill’, ‘myHelpingHands’, ‘myEnglish’, ‘mySafeHome’ dan ‘myEnvironment’ melibatkan semua sayap parti.

“Melalui myHelpingHands misalnya, pergerakan Wanita akan membantu mendapatkan penempatan sementara dan makanan bagi wanita dan kanak-kanak yang dalam kesempitan,” katanya.

Kayveas berkata penjenamaan semula parti mencerminkan dengan jelas usaha myPPP dalam menghadapi cabaran dan meletakkannya pada kedudukan mantap untuk menghadapi semua kemungkinan.

“Selepas 62 tahun, myPPP menyahut cabaran untuk melakukan penjenamaan semula. Langkah ini merupakan perubahan strategi untuk membawa pembaharuan kepada parti selaras dengan perkembangan dan situasi semasa,” katanya. – BERNAMA

Tags: UMNOZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

17/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Jurucakap Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad mahu UMNO meneliti secara mendalam usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd