• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tetak Wanita , Dua Lagi Ditahan Reman

oleh Ahmad Albab
18/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Dua lagi suspek yang disyaki terlibat dalam kes menetak seorang wanita dengan parang sehingga maut di Taman Lake View, di sini, ditahan reman selama tujuh hari.

Perintah reman yang bermula hari ini terhadap kedua-dua lelaki berusia 25 dan 32 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Taiping N. Mageswari di Mahkamah Majistret di sini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pada masa sama, tempoh tahanan reman seorang suspek berusia 57 tahun yang ditahan sebelum ini dilanjutkan seminggu lagi mulai hari ini.

Sementara itu, seorang wanita berusia 78 tahun yang juga ditahan sebelum ini, telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

Dalam kejadian 11 Dis lepas, seorang wanita berusia 68 tahun, dipercayai isteri kedua kepada pesara bergelar ‘Datuk’ maut selepas ditetak dengan parang di belakang leher di rumahnya kira-kira pukul 7.30 malam.

Ketika kejadian, mangsa dan suaminya telah dikunjungi saudara perempuan terdekatnya berusia 78 tahun bersama pekerjanya seorang lelaki berumur 57 tahun dan sebaik mereka berada dalam rumah, dua lelaki memakai topeng dan bertopi keledar meluru masuk ke rumah tersebut.

Seorang suspek bertindak mengikat suami mangsa dengan kain selendang tetamu wanita itu manakala tetamu lelaki diugut dengan parang diletakkan di lehernya.

Mangsa telah dibawa ke bilik tidur oleh kedua-dua suspek dan apabila tetamu lelaki itu masuk ke bilik tidur berkenaan beliau mendapati mangsa berlumuran darah dan telah meninggal dunia. – BERNAMA

Tags: tetakWanita
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Imigresen Kedah Tahan 22 PATI Dalam Dua Operasi

Next Post

Enggan Jual Tiket Pada Israel, Laluan Kuwait Airways Disekat

Related Posts

Wanita Sedang Bersarapan Maut Dilanggar MPV Terbabas

Wanita Sedang Bersarapan Maut Dilanggar MPV Terbabas

28/04/2025
0

SUNGAI PETANI: Seorang wanita yang sedang bersarapan maut dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas dan merempuh sebuah kedai makan...

Selangor Pertimbang Penjawat Awam Wanita Pulang Awal Ketika Ramadan

Selangor Pertimbang Penjawat Awam Wanita Pulang Awal Ketika Ramadan

27/02/2025
1

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran kepada penjawat awam wanita pulang awal ketika Ramadan. Menteri Besar...

Next Post

Enggan Jual Tiket Pada Israel, Laluan Kuwait Airways Disekat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd