• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahun Baru: Penyokong Pembangkang Rancang Perhimpunan Haram

oleh Ahmad Albab
01/01/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas mengganggu kemeriahan orang ramai menyambut sambutan ambang kemerdekaan pada Ogos lalu, kumpulan propembangkang merancang mengadakan perhimpunan haram secara besar-besaran pada malam sambutan tahun baru 2016.

Perhimpunan yang kononnya bagi membantah kenaikan kos sara hidup itu mahu diadakan di Plaza Tol PLUS Sungai Besi di sini yang pasti menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk pada malam tersebut sekali gus menyukarkan orang ramai yang mahu menyertai sambutan berkenaan.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub bagaimanapun mendakwa, perhimpunan itu perlu dilakukan berikutan keputusan kerajaan menaikkan kadar tol di lapan lebuh raya pada tahun hadapan.

“Mewakili AMANAH (PAN), saya menyeru seluruh rakyat dan warga prihatin untuk menyokong himpunan aman ‪#‎ShutdownSungaiBesi‬ yang akan berlangsung di Plaza Tol PLUS Sungai Besi pada malam Sambutan Tahun Baru nanti.

“Rakyat perlu berani membuat perubahan khususnya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang sebagai usaha menamatkan segala masalah negara yang telah dilakukan oleh kerajaan,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tuduhan kononnya kerajaan yang menaikkan kadar tol tersebut bagaimanapun tidak berasas kerana keputusan itu dibuat oleh syarikat-syarikat konsesi lebuhraya Malaysia.

Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) pada 13 Oktober lalu memaklumkan syarikat konsesi berbuat demikian kerana ia terkandung dalam perjanjian dimeterai dengan kerajaan pada tahun 80-an di bawah Dasar Penswastaan Lebuh Raya Bertol.

Ia berikutan keputusan kerajaan untuk tidak terus menanggung pampasan sehingga ratusan juta ringgit yang dibayar kepada syarikat konsesi lebuh raya dalam usaha mengekang kenaikan kadar tol selama ini. – mynewshub.cc

Tags: propembangkangTahun Baru
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Terus Ukir Nama, Kontroversi Buat Kamal Lebih Matang

09/01/2018
0

TAHUN 2017 lalu benar-benar telah meninggalkan kesan yang mendalam serta pengajaran besar buat pelakon dan pengacara terkenal, Kamal Adli. Baca: Kamal...

New Year Pool Party ‘Melampau’ Di Taman Tema

04/01/2018
0

SUDAH menjadi kebiasaan setiap tahun pasti acara sambutan tahun baru akan menjadi pilihan anak muda-mudi bagi meraikan kedatangan kalendar baharu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd