• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukan Para ASEAN: Jumpa Lagi Di KL 2017

oleh
12/12/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Misi penting merampas kembali juara keseluruhan Sukan Para ASEAN (APG) selepas 16 tahun ter arah ke Malaysia, tuan rumah edisi 2017, sebaik obor kejohanan 2015 di Marina Bay Sands dipadamkan.

Upacara penutup pada Rabu malam yang menyaingi kemeriahan majlis pembukaan temasya ini, dilakukan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong setelah negaranya menganjurkan sukan ini untuk kali pertama.

Detik penting untuk atlet ini pastinya ketika diarak masuk ke dewan mengikut negara, sama seperti sewaktu upacara pembukaan, dengan memakai pakaian sukan serta mengibarkan bendera kecil negara masing-masing.

Ketika tirai temasya tersebut dilabuhkan di sini, tumpuan kini mula beralih kepada Malaysia yang akan menganjurkan edisi seterusnya dilangsungkan selepas menjadi tuan rumah dwitahunan, Sukan SEA 2017.

Ia juga menjadikan Malaysia sebagai negara yang paling banyak menganjurkan APG selepas menjadi tuan rumah edisi pertama pada 2001 diikuti 2009 selepas tuan rumah Sukan SEA 2009, Laos menarik diri.

Negara Indo-China itu terpaksa berbuat demikian akibat masalah kewangan serta kurang pengalaman dalam menyediakan kemudahan sukan yang mesra untuk golongan orang kelainan upaya.

Menteri Kebudayaan, Komuniti dan Belia Singapura, Grace Fu menyerahkan bendera Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) kepada Presiden APSF, Datuk Zainal Abu Zahrin.

Beliau kemudian memberikannya kepada Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk M. Saravanan sebagai mewakili menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

sukan
Bendera Jalur Gemilang kemudian dinaikkan diiringi lagu kebangsaan Negaraku. 

Seramai 3,000 atlet dari 10 negara ASEAN mengambil bahagian dalam 15 acara sukan untuk APG tahun ini.

Saravanan kemudian menyerahkan ‘Rimau’, patung harimau Malaya, sebagai simbol semangat juang atlet kepada Grace, diikuti persembahan kebudayaan dari Malaysia.

Sukan SEA 2017 dan APG di Kuala Lumpur sangat istimewa kerana ia kebetulan bersempena dengan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-60.

Majlis malam Rabu ini juga menandakan tamatnya tempoh Zainal sebagai Presiden APSF selepas memutuskan untuk mengundurkan diri sesudah 15 tahun memegang jawatan itu.

Kontinjen Malaysia seramai 316 orang merangkumi 197 atlet dan 119 pegawai menduduki tangga ketiga keseluruhan dengan mengutip 52 pingat emas, 58 perak dan 37 gangsa. – BERNAMA

Tags: ASEANSingapura
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UMNO Hulur Silaturahim Kepada PAS – Najib

Next Post

UMNO Terajui BN Sebagai Jaguh Kejayaan Malaysia – Najib

Related Posts

ASEAN Gesa Thailand, Kemboja Selesai Konflik Secara Aman, Ikut Undang-Undang

ASEAN Gesa Thailand, Kemboja Selesai Konflik Secara Aman, Ikut Undang-Undang

28/07/2025
0

KUALA LUMPUR: ASEAN menggesa kerajaan Thailand dan Kemboja kembali ke meja rundingan bagi menyelesaikan pertikaian antara kedua-dua negara secara aman...

Trump Dijangka Hadir Ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 Oktober Ini – Rubio

Trump Dijangka Hadir Ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 Oktober Ini – Rubio

10/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS) dijangka menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 Oktober ini, kata Setiausaha Negara AS, Marco Rubio....

Next Post

UMNO Terajui BN Sebagai Jaguh Kejayaan Malaysia - Najib

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd