PERKAHWINAN Maria Farida dengan ahli perniagaan pada 26 November lalu merupakan satu perkara yang baik buat pelakon jelita ini yang sudah bergelar janda lebih 10 tahun.
Bagaimanapun, perkara itu dikatakan telah mendapat penghinaan segelintir orang kerana suami Maria itu merupakan bekas suami kawan baiknya sendiri.
“Saya sedih sebab rata-rata orang Melayu yang komen. Sepatutnya orang Melayu kita lebih beradab ketika bercakap.
“Tidak tahu perkara sebenar yang terjadi tetapi main teka dan tulis. Hakikatnya, sudah jodoh saya dengan dia nak buat macam mana,†luah Maria tentang perkara ini.
Maria sebelum ini, telah pun memberi komen berkenaan isu ini kepada sebuah majalah tempatan.
Dakwa Maria, bekas suami kawan baiknya itu hanya dirapatinya selepas beliau bercerai sekitar Ogos lalu justeru tidak timbul soal dia merampas lelaki berkenaan daripada sesiapa.
Maria Farida Perjelas Tuduhan Rampas Suami Kawan Baik
“Kenapa mahu pertikaikan lagi. Kami hanya menjemput seramai 50 orang yang terdiri daripada famili dan kawan-kawan terdekat (ketika majlis pernikahan).
Lagipun ini perkahwinan kedua saya. Jadi, untuk apa ia dibuat secara besar-besaran,†kata Maria lagi kepada Kosmo! Online apabila ditanya tentang majlisnya yang agak tertutup.
Apa pun, Maria telah melakukn sesuatu yang tidak salah malah dituntut agama. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat kehidupannya di masa mendatang..
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=UIOPuO9VNbE]


