• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia Letak Jawatan

oleh Ahmad Albab
17/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPR RI) Setya Novanto meletak jawatan setelah didapati terbabit dalam kes melanggar kod etika kerana meminta saham dari sebuah syarikat menggunakan nama Presiden Joko Widodo dan Naib Presiden Jusuf Kalla.

Peletakan jawatannya diterima oleh Mahkamah Kehormatan Dewan (MKD) malam tadi setelah Timbalan Ketua MKD Sufmi Dasco Ahmad membacakan surat pengunduran diri Novanto dalam satu mesyuarat tertutup.

Menerusi siaran langsung televisyen tempatan lewat malam tadi, Sufmi berkata, Novanto yang dilantik sebagai Speaker bagi tempoh 2014-2019, meletakkan jawatannya demi kebaikan bangsa dan negara.

Kes Novanto dibongkarkan media tempatan dengan tajuk “Papa Minta Saham” yang menyebabkan Joko dan Jusuf berang dan mahu kes itu dibawa ke muka pengadilan bagi membersihkan nama mereka.

Menteri Energi dan Sumber Daya Mineral Sudirman Said kemudian membuat aduan kepada MKD untuk menafikan penglibatan presiden dan naib presiden yang didakwa meminta saham syarikat cari gali bijih.

Presiden Direktor PT Freeport Indonesia, Ma’roef Sjamsoeddin pula menyerahkan pita rakaman perbualannya kepada MKD yang memetik Novanto menyebut “Ada permintaan saham Freeport yang diperuntukkan untuk presiden dan wakil presiden” sebagai syarat untuk melanjutkan kontrak Freeport di Indonesia.

Novanto sebelum itu turut menafikan penglibatannya menggunakan nama presiden dan naib presiden meminta saham dari syarikat berkenaan.

Dalam perbicaraan MKD yang disertai beberapa wakil rakyat akhirnya membuat keputusan bahawa sememangnya terdapat kes salah laku melanggar etika, namun belum sempat hukuman dikenakan terhadah Novanto, wakil rakyat dari parti Golkar berkenaan menghantar surat peletakan jawatan.

Sementara itu, laporan media tempatan memetik Jusuf sebagai berkata beliau menghargai tindakan Novanto tetapi menyifatkannya agak terlambat kerana sepatutnya peletakan jawatan itu dibuat lebih awal sebelum terjerat dengan kes di MKD. – BERNAMA

Tags: IndonesiaSpeaker
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Indonesia Kaya Tapi Rakyat Masih Ramai Miskin’-Prabowo

‘Indonesia Kaya Tapi Rakyat Masih Ramai Miskin’-Prabowo

11/01/2026
0

JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, meluahkan keprihatinan mendalam terhadap realiti negaranya yang kaya dengan sumber daya alam, namun masih...

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd