• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shahrizat Terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Daripada FGCCC

oleh Ahmad Albab
01/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penasihat Pembangunan Keusahawan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menerima anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 2015 daripada Persekutuan DEwan Majlis Kerjasama Teluk (FGCCC) di Dubai pada Isnin.

Menurut kenyataan dari Pejabat Penasihat Pembangunan Keusahawan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri pada Selasa, penganugerahan itu sebagai menghargai usaha berterusan beliau dalam bidang pembangunan sosial dan keusahawanan di Malaysia.

“Saya akan pastikan pembangunan sosial dan keusahawanan di Malaysia melalui program-program yang lebih bersepadu dan strategik terus dilaksanakan seiring dengan aspirasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memastikan Malaysia mencapai tahap negara maju,” kata Shahrizat dalam kenyataan itu.

Majlis Anugerah Kepimpinan Keusahawanan Timur Tengah 2015 anjuran FGCCC itu turut memberi penganugerahan kepada beberapa tokoh korporat di negara ini antaranya Pengarah Urusan Kumpulan Malaysia Resources Corporation Berhad Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din yang dianugerahkan Global CEO of the Year.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar dianugerahkan Visionary Leader of the Year manakala Pengarah Urusan Kumpulan Jakel Datuk Faroz Mohamad Jakel dianugerahkan Global Enterpreneur Of The Year. – BERNAMA

Tags: AnugerahShahrizat Abdul Jalil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

13/11/2025
0

Ipoh: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan pemalsuan anugerah kehormatan dan gelaran istiadat...

Shahrizat Kembali Dalam Organisasi UMNO

Shahrizat Kembali Dalam Organisasi UMNO

22/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Biarpun tewas kepada Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dalam perebutan jawatan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd