Dr. Gamal membenarkan pesakitnya menerima pemeriksaan kesihatan sekiranya mereka mengumpul sampah yang boleh dikitar semula sebagai gantiannya. Ini dilakukan sedemikian kerana penduduk setempat tidak mampu membayar kerana faktor kemiskinan.
Startup yang diketengahkan ini berjaya menyelesaikan dua masalah utama sekaligus di kalangan penduduk tempatan iaitu masalah sampah dan kesihatan. Ia diusahakan oleh Dr. Gamal Albinsaid, 25 tahun dari Indonesia dengan idea model bisnes yang memberi manfaat besar kepada negaranya.
Melalui Garbage Clinical Insurance (GCI), Dr. Gamal menyatakan ia adalah sebuah program mikro insuran yang menggunakan sampah kitar semula sebagai pertukaran untuk menampung kos perubatan pesakit. Sampah-sampah yang dikumpulkan itu ditukarkan menjadi baja dan bahan seperti kotak kertas dan botol ditukarkan dengan duit.
Selepas menjalankan startup ini selama 2 tahun, lebih kurang 3,500 orang pesakit telah menerima rawatan melalui program GCI dan 5 buah klinik seumpama itu telah ditubuhkan. Ini membuktikan program GCI dapat menampung perbelanjaan klinik untuk terus beroperasi dan mengurangkan bilangan sampah di kawasan sekitar.
Contohnya, 2 kg sampah plastik bersamaan dengan 10,000 rupiah (RM3.00) boleh membenarkan seorang pesakit menerima perkhidmatan kesihatan asas selama 2 bulan di klinik.
“Kami mengubah persepsi dan tabiat orang ramai terhadap sampah, saya percaya jika masalah dilihat dari sudut positif ini diketahui, ia akan merangsang lebih banyak orang untuk menerimanya,†jelas Dr. Gamal tentang bagaimana GCI beroperasi.
Program GCI ini memberi impak besar kepada para pesakit kerana mereka masih dapat menerima rawatan dan ubat-ubatan tanpa membayar duit. Mereka hanya perlu mengumpul sampah untuk klinik sebagai gantiannya.
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=qdgnI6Qr2KI]