• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Lelaki 19 Tahun Ditahan Terlibat Kegiatan Militan Di Syria

oleh Ahmad Albab
11/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai terlibat dengan kegiatan militan di Syria ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dekat sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata suspek berasal dari Perak itu ditahan oleh anggota Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia selepas kembali dari Syria melalui Turki.

“Bekas pelajar sebuah kolej di Kaherah, Mesir, direkrut untuk menyertai kumpulan pengganas di Syria pada pertengahan 2014 selepas berinteraksi melalui Facebook dengan seorang daripada anggota pengganas dari Syria.

“Pada hujung September 2014, anggota pengganas itu mengatur penyusupan masuk suspek ke Syria melalui Turki,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati suspek menyertai satu daripada kumpulan gabungan Al Qaeda di Syria dikenali dengan nama Jund Al Aqsa.

“Suspek menjalani latihan ketenteraan selama sebulan di beberapa kem kumpulan pengganas di Hamar dan Idlib di Syria,” katanya.

Khalid berkata suspek juga didedahkan dengan kemahiran mengendalikan senjata api AK47, Rocket-propelled grenade (RPG), machine gun, senjata anti kereta kebal dan bom tangan.

“Suspek juga terlibat dalam hampir 100 operasi ketenteraan bersama kumpulan itu,” katanya.

Beliau berkata suspek ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Bab VIa, kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747). – BERNAMA

[wpdevart_youtube]AwIacJ-xh3E[/wpdevart_youtube]

Tags: Militan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

18/05/2024
0

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan tahap keselamatan terkawal dengan pemantauan sentiasa dilakukan ke atas bekas anggota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd