• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Azura, Salih Yaakob Terkejut Kontrak Sinar FM Tak Disambung

oleh AK-47
01/12/2015
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU-BARU ini industri hiburan dikejutkan dengan pengumuman Salih Yaakob dan Raja Azura di pentas Gegar Vaganza 2, minggu keenam bahawa mereka bakal meninggalkan program Sinar Pagi di Sinar FM bermula 27 November 2015.

BACA: Sepahtu Penyampai Baharu Sarapan Pagi Sinar FM

Dalam pada itu, persoalan mengenai siapa yang bakal menggantikan tempat mereka terjawab apabila pelawak Jep, Shuib dan Rahim ditugaskan untuk mengendalikan program tersebut.

Terbaharu, Salih mendedahkan rakan kontinya Raja Azura masih belum dapat menerima hakikat bahawa kontrak mereka dalam program Sinar Pagi itu tidak disambung.

Menurut Salih, 54, dia faham apa yang dirasai Raja Azura memandangkan mereka serta deejay-deejay lain telah sama-sama memperjuangkan radio tersebut sehingga mencapai kejayaan.

“Dia (Raja Azura) masih tidak dapat menerima hakikat lagi. Saya ingatkan, saya keluar, dia yang kekal.

“Keputusan itu benar-benar mengejutkan. Cuma saya dapat rasa sejak tahun lalu lagi, banyak perkara yang diubah dalam Sinar FM termasuklah tagline  ‘Muzik Retro Terbaik’ ditukar kepada ‘Menyinari Hidupmu’ di mana isi kandungan dan hala tuju radio berkenaan juga diubah,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Salih mengakui, dia terpaksa akur dengan hati terbuka apabila khidmatnya yang sudah sembilan tahun mengendalikan slot berkenaan tidak diperlukan.

“Saya akur dan menerima perkara ini dengan hati yang terbuka. Lagipun, mereka (Sinar FM) lebih berkuasa dalam memilih yang terbaik untuk stesen mereka kekal menjadi pilihan masyarakat.

“Mereka juga telah menawarkan saya mengendalikan slot petang bersama Feeya bermula tahun depan. Cuma gajinya lebih rendah daripada apa yang saya dapat sekarang.

“Ada juga beberapa stesen radio menawarkan saya bekerja dengan mereka tetapi saya masih belum membuat keputusan lagi. Biarlah saya berehat dahulu sepanjang sebulan ini,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=6SfDwSWuE3U]

Tags: Salih Yaakob
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Persekutuan Diminta Perdalam Empangan Bukit Merah

Next Post

SPR Jalan Kajian Urusan Persempadanan Semula Parlimen & Dun

Related Posts

Nak Berpoligami… Dalami Ilmu Agama Dahulu – Salih Yaakob

24/08/2016
0

SELAKU orang yang berpengalaman, pelawak dan penyampai radio popular Salih Yaakob menasihati kepada mana-mana lelaki yang mahu hidup berpoligami supaya mendalami...

Next Post

SPR Jalan Kajian Urusan Persempadanan Semula Parlimen & Dun

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd