• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Tebatan Banjir Lembah Bertam Siap 61 Peratus

oleh Ahmad Albab
03/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Projek Rancangan Tebatan Banjir Lembah Bertam di Cameron Highlands yang melibatkan peruntukan RM40 juta telah 61 peratus siap, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata walaupun projek itu dijangka siap Mei tahun depan, kapasiti aliran air dari Empangan Hidroelektrik Sultan Abu Bakar yang berupaya membawa banjir, boleh ditampung berikutan kerja-kerja saliran utamanya hampir selesai.

Katanya hanya pembinaan tembok sungai yang melibatkan kerja melebar dan mendalamkan Sungai Bertam selain melebarkan 200 meter di hujung sungai merupakan antara perkara yang masih belum disiapkan.

“Apabila projek itu siap, ia dapat mengelak berlaku banjir kerana takungan air dibesarkan dan mampu menampung isi padu yang lebih tinggi iaitu 22 juta meter padu daripada kapasiti asal 5.5 juta meter padu,” katanya ketika diminta mengulas mengenai projek berkenaan.

Wan Junaidi berkata demikian dalam sidang media khas Pertandingan Menamakan Anak Panda Gergasi 2015 di kementeriannya di sini hari ini.

Projek Rancangan Tebatan Banjir Lembah Bertam-Sungai Ringlet diluluskan peruntukannya oleh kerajaan susulan tragedi banjir lumpur pada 23 Okt 2013 di Lembah Bertam dan kemudian berulang kembali pada 5 dan 7 Nov 2014 di Ringlet.

Wan Junaidi yakin projek tersebut dapat mengurangkan kerugian akibat bencana banjir berjumlah RM20 juta, sekali gus menyelamatkan 3,000 penduduk.

Berhubung isu penanaman satu juta pokok di Cameron Highlands bagi mengelak berlaku hakisan dan tanah runtuh, beliau berkata setakat ini kementerian telah menanam 21,000 pokok, melibatkan kawasan seluas 27 hektar.

“Saya juga berbincang dengan Menteri Besar Pahang dan meminta kerajaan negeri memberi kebenaran kepada kementerian dan Jabatan Perhutanan untuk masuk dan tanam semula dan kawasan hutan hujan Tropika,” katanya, sambil menambah ia penting dalam usaha memulihara dan mengekalkan keseimbangan alam sekitar.

Mengulas isu jerebu, Wan Junaidi berkata Indonesia memuji tindakan pantas yang diambil Malaysia dengan menghantar pesawat Bombardier CL415 MP dalam misi memadam kebakaran di Kalimantan dan Sumatera Selatan, Indonesia.

“Indonesia melihat keberkesanan Bombardier melakukan pengemboman air (water bombing) dan mendapati ia amat berkesan dalam melakukan misi khas memadamkan kebakaran,” katanya.

Selain itu, Malaysia juga berkongsi kepakaran pembinaan telaga bawah tanah di kawasan tanah gambut dengan Indonesia di Miri, Sarawak, baru-baru ini.

“Indonesia ingin mengetahui lanjut mengenai telaga bawah tanah yang merupakan satu mekanisme untuk mengepam air dari bawah tanah bagi memastikan tanah kawasan itu kekal lembap sekali gus tidak mudah terbakar.

“Mereka (Indonesia) berharap dapat menggunakan sistem itu, yang berharga antara RM180,000 hingga RM400,000 di kawasan tanah gambut di Indonesia bagi mengelak kebakaran di kawasan itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Cameron HighlandsWan Junaidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Syor Benar Pecat, Dakwa PM Dibahas – Wan Junaidi

Syor Benar Pecat, Dakwa PM Dibahas – Wan Junaidi

11/07/2023
0

PETALING JAYA - Satu peraturan Dewan Rakyat perlu digubal untuk membenarkan usul mendakwa dan memecat Perdana Menteri boleh dibahaskan ahli...

Wan Junaidi Sedia Galas Jawatan Yang Dipertua Dewan Negara

Wan Junaidi Sedia Galas Jawatan Yang Dipertua Dewan Negara

16/06/2023
0

SHAH ALAM - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan kesediaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd