• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Kesihatan Mental Perlu Diberi Keutamaan

oleh Ahmad Albab
27/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Program berkaitan kesedaran kesihatan mental perlu ditingkatkan dalam usaha menangani isu-isu berkaitan stres, kemurungan dan keganasan.

Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental, Tan Sri Lee Lam Thye berkata isu kesihatan mental di tempat kerja misalnya, perlu diberi perhatian serius kerana ia berkaitan dengan produktiviti dan kualiti perkhidmatan.

“Pengabaian faktor kesihatan mental dan psikososial di tempat kerja bukan sahaja merugikan pekerja tetapi juga memberi kesan secara langsung terhadap kecekapan, keberkesanan dan hasil sesuatu perusahaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata kesan daripada kesihatan mental juga akan menjejaskan sesuatu organisasi atau syarikat apabila pekerja terbabit kerap jatuh sakit, prestasi menurun, ketidakhadiran dan sebagainya.

Beliau berkata penyakit mental juga kini dikenal pasti antara penyebab kepada peningkatan kadar kes bunuh diri di seluruh dunia.

Katanya, menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri Tuan Masir Anak Kujat dalam sidang Dewan Negara baru-baru ini, 130 kes bunuh diri dan percubaan bunuh diri sehingga Oktober 2015 dilaporkan berlaku di negara ini.

“Jika terdapat kes pekerja yang menderita daripada penyakit mental, majikan perlu memberi pertolongan dan bantuan dalam bentuk kaunseling,” kata Lee. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]l8-xRJOuF20[/wpdevart_youtube]

Tags: Mental
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PUBG, Fortnite Beri Kesan Buruk Perkembangan Mental?

10/02/2019
0

MASIHKAH anda ingat mengenai surat yang dihantar oleh seorang kanak-kanak kepada kerajaan India agar PUBG diharamkan di negara itu? Terbaharu,...

Kerajaan Perlu Perkenal Penilaian Kesihatan Mental

23/06/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu memperkenalkan sistem penilaian kesihatan mental yang boleh menentukan sejauh mana gangguan mental boleh membawa kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd