• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 4 Individu Geng Pecah Kedai Dan Rumah

oleh Ahmad Albab
01/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis berjaya menumpaskan geng pecah kedai dan pecah rumah yang aktif di sekitar daerah Timur Laut, di sini berikutan penahanan enam individu termasuk dua wanita di Jalan Penang, di sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata penahanan mereka yang berusia antara 21 dan 35 tahun itu, susulan satu laporan polis mengenai kejadian pecah masuk pada 23 Nov lepas yang dibuat seorang pemilik kedai telefon bimbit.

“Dalam kejadian itu, pemilik kedai berkenaan kerugian lebih RM300,000 selepas 103 buah telefon bimbit, alat ganti telefon bimbit, dua buah komputer riba dan peti berisi wang tunai dilarikan suspek.

“Berdasarkan rakaman CCTV yang terdapat dalam kedai itu, polis berjaya mengesan lima individu termasuk dua wanita termasuk seorang warga Vietnam dan menahan mereka di sebuah kelab malam di Jalan Penang,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata susulan penanahan lima individu termasuk pasangan suami isteri dan kekasih itu, polis menahan seorang lagi lelaki iaitu peniaga di George Town yang merupakan pembeli barang curi daripada mereka.

Mior Faridalatrash berkata polis berjaya menemui semula 19 buah telefon bimbit pelbagai jenama, komputer riba, surat pajak gadai, kamera, jam tangan dan pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk pecah kedai serta rumah.

Katanya siasatan awal mendapati geng itu terlibat sekurang-kurangnya dalam 15 kes pecah rumah dan pecah kedai sekitar daerah ini serta aktif sejak awal tahun ini.

“Modus operandi mereka ada memecah masuk kedai atau rumah yang tiada orang dan melarikan barangan berharga sebelum menjual kepada peniaga yang ditahan itu,” katanya.

Beliau berkata tiga daripada empat lelaki itu mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau dan positif dadah.

Semua mereka kini direman sehingga esok bagi membantu siasatan dan kes disiasat menurut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Mior Faridalatrash berkata polis sedang menyiasat pemilik akaun Facebook Penang Kini kerana menyebarkan maklumat palsu berhubung satu kejadian seorang kru feri cedera dipukul oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian 12 Nov lepas.

“Dua hari selepas kejadian itu, pemilik akaun berkenaan memuat naik gambar tiga lelaki dan mendakwa mereka telah ditangkap berhubung kejadian berkenaan sedangkan mereka langsung tidak terlibat dalam insiden terbabit.

“Seorang daripada lelaki terbabit membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati,” katanya.

Beliau berkata polis bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi mengesan pemilik akaun berkenaan dan kes disiasat menurut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Kejadian pada 9.45 malam itu, menyebabkan kru feri berusia 38 tahun itu cedera di muka dan patah tulang rusuk kiri akibat dipukul dengan topi keledar di kaki dan tangan.

Susulan kejadian itu, polis menahan dua pelajar kolej bagi membantu siasatan dan mengesan beberapa lagi lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan. – BERNAMA

Tags: kes samunpolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mengaku Rogol Adik Ipar Sambil Dirakam Isteri Lembam

Next Post

Sadis! Ibu Sembelih Dua Anak Sendiri Di Sungai Petani

Related Posts

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

27/05/2025
0

MELAKA – Polis Melaka sedang menyiapkan kertas kerja bagi cadangan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape sebelum dibentangkan kepada kerajaan...

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

27/05/2025
0

GERIK – Polis Perak mendedahkan terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi dan memanipulasi waris mangsa anggota Pasukan Simpanan...

Next Post

Sadis! Ibu Sembelih Dua Anak Sendiri Di Sungai Petani

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd