• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pintu Terbuka Untuk Pesara Guru Bahasa Inggeris Kembali Mengajar

oleh Ahmad Albab
10/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peluang masih terbuka kepada guru Bahasa Inggeris yang sudah bersara untuk kembali mengajar bagi mengatasi kekurangan guru dalam mata pelajaran itu, kata Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan.

“Kita telah beri ruang, masalahnya apabila seorang guru yang telah bersara dan memilih satu tempat kediaman, guru itu tidak mahu bertugas luar daripada kawasan itu.

“Kita telah bertanyakan, sudikan guru-guru itu untuk mengajar di lokasi yang lain, tetapi guru itu hanya mahu mengajar dekat dengan lokasi kediamnya,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Boon Som Inong pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Kamalantahan berkata kementeriannya telah mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak terbabit iaitu bukan sahaja guru bersara tersebut, malah suri rumah atau individu yang berkemahiran dalam Bahasa Inggeris untuk mengajar subjek itu sebelum menyediakan satu garis panduan.

Sekiranya seseorang itu memenuhi garis panduan itu kementerian mungkin boleh menawarkan mereka kerjasama secara sukarela membantu menambah baik mata pelajaran dan penggunaan bahasa Inggeris, katanya.

Kamalanathan berkata kerajaan komited dan sentiasa mencari jalan dalam meningkatkan jumlah guru Bahasa Inggeris melalui pelbagai program yang telah dirangka, antaranya Program English Language Teachers From India (ELTI).

Beliau berkata bagi meningkatkan kemahiran guru subjek Bahasa Inggeris, kementerian telah melaksanakan program meningkatkan kemahiran iaitu Profesional Upskilling of English Language Teachers (Pro-ELT).

“Sehingga kini seramai 10,502 guru telah mengikuti program ini. Selain itu, kementerian juga menjalankan kursus Intensive Course in English language Teaching (ICELT) di bawah program intervensi tambah opsyen (PITO),” katanya.

Menjawab soalan Senator Datuk Dr Johari Mat mengenai sejauh mana kepentingan keperluan bahasa itu, Kamalantahan berkata bahasa Inggeris merupakan bahasa global dan bahasa internet yang sekiranya dikuasai dengan baik akan membuatkan negara ini ‘diminati’ dunia. – BERNAMA

Tags: Bahasa InggerisGuru
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat mengesyorkan pengurusan kesihatan mental kanak-kanak memerlukan perkhidmatan dan...

iGuru Desak Siasatan Rapi Dakwaan Guru Terbabit Aktiviti Songsang

iGuru Desak Siasatan Rapi Dakwaan Guru Terbabit Aktiviti Songsang

30/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Ikatan Guru Muslim Malaysia (iGuru) menggesa satu siasatan rapi dijalankan bagi mengesahkan perlakuan sumbang membabitkan beberapa guru seperti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd