• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perpindahan Ke Terminal 1, KKIA Langkah Baik

oleh Ahmad Albab
02/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kebanyakan penumpang AirAsia, syarikat penerbangan tambang murah, berasa selesa dengan perpindahan operasi syarikat penerbangan itu dari Terminal 2 ke Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), yang beroperasi secara rasmi, mulai hari ini.

Bernama menemu bual beberapa penumpang yang tiba di Terminal 1 yang juga terminal utama lapangan terbang melalui penerbangan AK5108 dari Kuala Lumpur (KL) dan penerbangan AK6261 dari Tawau, awal hari ini.

Salmi Hana, 38, seorang penumpang yang kerap berulang alik dari KL atas urusan perniagaan berkata beliau tidak menghadapi kesulitan dengan penerbangan pertama AirAsia KL-Kota Kinabalu (KK) di balai ketibaan 2 terminal.

“Operasi di Terminal 1 lebih teratur dengan papan tanda arah lebih jelas untuk penumpang bergerak di lapangan terbang berbanding di Terminal 2. Saya berpuas hati dengan terminal baharu,” katanya.

Ahirunisham Ahmad, 39, dari Kota Kinabalu yang tiba dari KL berkata, beliau mendapati operasi di terminal “sibuk sedikit” kerana kira-kira sembilan syarikat penerbangan juga beroperasi di lapangan terbang itu.

“Secara keseluruhan, operasi adalah lebih baik walaupun jumlah penumpang ramai dan penumpang tidak lagi perlu berbaris panjang di kaunter imigresen, saya gembira dengan perpindahan itu,” kata ahli perniagaan itu.

Suri rumah Doris Aduan, 30, yang terbang dari Kuala Lumpur bersama anak perempuannya berusia 11 tahun berkata, beliau cukup selesa dengan perpindahan AirAsia ke KKIA.

Jennyvie George, 26, tukang draf kelahiran dari Ranau yang tiba dari Tawau berkata, lapangan terbang itu cukup teratur dengan tanda arah yang jelas untuk membantu penumpang mencari arah dalam bangunan tersebut.

Katanya, walaupun jumlah penumpang lebih ramai di terminal tetapi ruang di lapangan terbang itu adalah lebih luas dan selesa berbanding Terminal 2 yang sesak. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]fmX4m2tjN3k[/wpdevart_youtube]

Tags: terminal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Curi Bagasi Di Lapangan Terbang Untuk Koleksi

29/05/2018
0

POLIS di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Jakarta menahan seorang lelaki berusia 15 tahun yang disyaki mencuri 10 bagasi dari Terminal...

Laluan Lama Di Terminal Kuala Kedah Dibuka

01/04/2018
0

ALOR SETAR - Bagi menyelesaikan rungutan penumpang yang menggunakan perkhidmatan feri dari Terminal Jeti Kuala Kedah dekat sini ke Langkawi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd