• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peranti Xiaomi Baru Diperlihatkan, Mungkinkah Xiaomi Mi5?

oleh AK-47
29/12/2015
dalam Gajet
0
Share on FacebookShare on Twitter

DENGAN perkembangan memdadak penjualan peranti Xiaomi Mi4, semestinya ramai yang sedang menantikan pengenalan peranti flagship Xiaomi yang seterusnya, iaitu Mi5.

Pengeluar gergasi China itu sebelum ini telah memperkenalkan Mi4 pada penghujung 2014 yang lepas, namun, masih tiada berita berkenaan dengan Mi5 sehingga kini.

Ia dikatakan Xiaomi sedang menyiapkan sebuah peranti berspesifikasi tinggi yang memenuhi permintaan ramai dan menawarkan pengalaman yang baik kepada pengguna.

Terkini, sebuah video tertiris ke arena web, memperlihatkan sebuah peranti Xiaomi yang tidak diumumkan lagi.

Bahagian hadapannya membawakan elemen Mi Note, tetapi dengan beberapa perubahan termasuk perubahan pada kedudukan sensor, dan juga menyertakan sebuah butang fizikal pada bahagian bawah yang berbentuk seakan peranti Samsung Galaxy yang berkemungkinan besar adalah pengimbas cap jari.

Mengikut desas-desus, Xiaomi Mi 5 dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 5.2-inci, cip Snapdragon 820, memori sehingga 4GB RAM, dan bateri berkapasiti 3030mAh.

Xiaomi Mi 5 juga dijangka akan menyertakan kamera belakang 16-megapixel dan juga kamera hadapan 8-megapixel.

Ia tidak diketahui lagi bilakah Xiaomi akan mengumumkannya. Mungkinkah kita akan melihatnya dilancarkan pada Januari 2016 kelak?

-MYNEWSHUB.CC

Sumber: Phonearena

Tags: peranti pintarXiaomi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenapa KPM Lewat Agih Laptop? – Najib

26/04/2021
0

DARI FB NAJIB RAZAK BANTUAN 150,000 unit peranti bagi murid-murid golongan B40 dilulus dalam bajet 2021. Dijanji kerajaan untuk dipercepatkan...

Vivo V20, V20 Pro Dengan Teknologi ‘Eye Autofocus’

21/10/2020
0

KUALA LUMPUR - Vivo secara rasminya melancarkan V20 dan V20 Pro, model terbaharu dalam siri V20 “Be The Focus” di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd