• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengarah Perhilitan Johor Didakwa Curi Sumbu Badak

oleh Ahmad Albab
29/12/2015
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, petang tadi atas tuduhan mengambil sumbu badak milik Muzium Diraja Johor, Oktober lalu.

Yusof Shariff, 46, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin.

Tertuduh didakwa mengambil sumbu badak yang disimpan di bahagian hadapan Muzium Diraja Johor, Bangunan Sultan Ibrahim tanpa kebenaran sah pada 19 Oktober lepas pada jam 2.30 petang.

Yusof, yang baharu sahaja bertukar dari Terengganu ke negeri ini Ogos lalu, didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin selain perlu melaporkan diri di Balai Polis Johor Jaya setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Hakim menetapkan 31 Januari sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Rahimah Abdul Majid manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Hanif Hassan.

Pada 25 Disember, tertuduh ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan, dekat sini, pada 9 malam selepas dipercayai mencuri sumbu badak berusia lebih 100 tahun milik Muzium Diraja Johor, Oktober lepas. – BERNAMA

 

[wpdevart_youtube]xgkmkxScEJc[/wpdevart_youtube]

Tags: badak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berpuluh Ekor Kura-Kura Berjemur Di Atas Belakang Badak Air

13/12/2018
0

TAMAN NEGARA KRUGER, Afrika Selatan – Seorang pelancong berjaya meragam gelagat berpuluh-puluh ekor kura-kura berjemur di atas badan seekor badak...

Badak Jawa Sudah Pupus Di Malaysia – Hamim Samuri

21/11/2017
0

SEREMBAN - Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr. Hamim Samuri hari ini berkata mengikut rekod terkini hidupan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd