• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penerbangan Pertama Rayani Air Berlepas Pagi Ahad

oleh Ahmad Albab
23/12/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Syarikat penerbangan patuh syariah yang pertama di Malaysia, Rayani Air, melancarkan penerbangan sulungnya dari Kuala Lumpur ke Pulau Langkawi, Kedah kira-kira pukul 10 pagi Ahad.

Pengarah Urusannya, Jaafar Zamhari berkata penerbangan RN0600 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), di sini, membawa kira-kira 150 penumpang.

Antara mereka ialah termasuk 18 orang anak yatim dari Institut Taufik Islami, Klang, Selangor serta kumpulan petugas media tempatan.

Secara keseluruhannya, katanya beliau berpuas hati dengan kelancaran penerbangan itu walaupun terdapat sedikit kelewatan semasa proses daftar masuk penumpang.

“Setakat ini saya berpuas hati dengan prestasi petugas. Mereka adalah petugas terlatih dan sebahagiannya telah mempunyai pengalaman dalam industri penerbangan.

Baca: Rayani Air Dipuji Netizen Amal Prinsip Patuh Syariah

Juga: Rayani Air Kini Sedia Untuk Terbang – DCA

Lagi: Rayani Air Pilih Langkawi Sebagai Hab Penerbangan

rayani air1

“Saya berharap segalanya berjalan lancar,” katanya kepada Bernama semasa ditemui sebelum penerbangan itu berlepas menggunakan pesawat Boeing 737-400.

Salah seorang penumpang, Ahmad Aiman Mohd Razali, 29; berkata beliau begitu teruja untuk mencuba penerbangan patuh syariah itu buat kali pertama.

Katanya, harga yang ditawarkan syarikat penerbangan itu amat berpatutan memandangkan ia memberikan perkhidmatan penuh yang membezakan­nya dengan syarikat penerbangan lain.

“Dengan satu tiket, boleh dapat daftar masuk bagasi sebanyak 20 kilogram serta hidangan dalam pesawat. Setakat ini saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan,” katanya.

Rayani Air baharu menerima lesen perkhidmatan udara dan sijil pengendali udara daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) secara rasmi pada Jumaat lepas.

Syarikat itu merupakan hasil usahasama dua perniagaan iaitu syarikat minyak dan gas, Merdeka Jayabumi Enterprise dan syarikat perlombongan, Terus Maju Metal. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]LxU-x_WAp6A[/wpdevart_youtube]

Tags: Rayani Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas CEO Rayani Air Peluk Islam

25/09/2019
0

PASIR MAS - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air, Ravi Alagendran, 52, memeluk Islam selepas mengucap dua kalimah syahadah di...

“Saya Sedia Jumpa PPIM” – Pemilik Rayani Air

17/08/2016
0

PEMILIK Rayani Air, Ravi Alagenddran sedia mengadakan pertemuan dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi membincangkan mengenai usaha untuk menyelamatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd