• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda UMNO Takkan Diam Diri, Bersuara Bukan Menderhaka – KJ

oleh Ahmad Albab
13/02/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda Umno tidak akan mengambil langkah populis dengan hanya berdiam diri dan mengabaikan isu besar yang menjadi buah mulut sebahagian besar rakyat.

Ketuanya, Khairy Jamaladdin berkata, Pemuda Umno melihat kepentingan untuk memastikan parti itu kekal relevan dalam konteks yang lebih luas iaitu bukan hanya menjadi juara di kalangan ahli parti sahaja.

“Mutakhir ini bila Pemuda sampaikan rintihan orang ramai dengan bangkitkan isu-isu hangat, ada suara sinis berbunyi, konon ini semua tindakan populis, hendak ambil kesempatan menangguk di air keruh serta lawan tauke.

“Takkanlah usaha Pemuda menjadi utusan dan membawa fikiran serta suara rakyat pun dianggap menderhaka? Kalau begitu baik dijahit sahaja mulut kami.

“Apa yang Pemuda lakukan bukan populis tetapi untuk membuatkan Umno kembali popular di kalangan rakyat,” katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Pemuda sempena Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Umno 2015 di sini, Rabu.

Sebelum ini Khairy dilapor menuntut penjelasan dan tindakan segera daripada kerajaan berhubung beberapa isu termasuk membabitkan dakwaan penyelewengan dalam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selain itu menurut Khairy, tindakan Pemuda Umno mempersoalkan beberapa isu membabitkan tadbir urus kerajaan adalah bertujuan untuk memenangi hati rakyat secara keseluruhannya.

“Bila timbul isu yang jadi buah mulut sebahagian besar rakyat kita, apakah Pemuda harus hanya pekak telinga dan bisu sahaja? Bila ada tuduhan berat seperti rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, takkan kita diam tidak minta penjelasan?

“Bila kita nyatakan pendirian, bukanlah niatnya untuk menuduh – tetapi untuk kita memperjelaskan keadaan dan menjernihkan semula imej kerajaan dan parti di mata rakyat,” katanya.

Tegas Menteri Belia dan Sukan itu lagi, adalah menjadi tanggungjawab pemimpin kerajaan untuk memberi jawapan terhadap sebarang persoalan yang dibangkitkan rakyat.

“Ingat, rakyat yang menentukan masa depan politik kita. Kalau respon yang diberikan adalah jawapan yang tidak masuk akal, bagaimana penerimaan rakyat nanti?

“Kalau respon kita hanya mengejar dan hukum pemberi maklumat tanpa siasat tuduhan yang serius, apa pula pandangan rakyat? Kalau respon kita seolah-olah ganggu siasatan, apa yang rakyat akan rumuskan akhirnya?

“Pemuda hanya mahu parti keramat kita kekal keramat, kekal memimpin. Untuk itu, parti kita perlu menang pilihan raya. Untuk menang pilihan raya, pemimpin kita mesti dihormati dan disegani oleh orang ramai,” katanya.

Selain itu menerusi ucapannya juga, Khairy menasihatkan kepimpinan tertinggi supaya segera menjawab sebarang tuduhan yang dilemparkan terhadap kerajaan.

“Sebab itulah kita bangkitkan isu-isu penting yang sudah lama bersarang di benak fikiran rakyat terutamanya orang muda. Bukan susah untuk diterima dan menjadi popular di kalangan rakyat.

“Kalau ada tuduhan, jawab dengan cepat dan menyeluruh. Buktikan kita telus dan mengamalkan tadbir urus yang baik. Tunjukkan pada semua tidak ada apa yang hendak kita sembunyikan,” katanya. – mStar Online

Tags: PAU 2015Pemuda UMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kate Middleton Pakai Tiara Kesayangan Puteri Diana

Next Post

Neves Cugat.. Antara Bongok, Radio dan Pretty Ugly!

Related Posts

Pemuda UMNO Gesa Negara Islam Dunia Kutuk Serangan Israel

Pemuda UMNO Gesa Negara Islam Dunia Kutuk Serangan Israel

06/04/2023
0

JOHOR BAHRU: Pergerakan Pemuda UMNO menggesa negara gergasi dunia, khususnya negara Islam, yang kononnya menjuarai hak asasi manusia untuk bertindak...

Pemuda UMNO Muar Lapor Polis Didakwa Bikin Kecoh Di Ceramah PH

Pemuda UMNO Muar Lapor Polis Didakwa Bikin Kecoh Di Ceramah PH

17/10/2022
0

MUAR: Pemuda UMNO Bahagian Muar membuat laporan polis selain mahu mengambil tindakan saman terhadap dakwaan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia...

Next Post

Neves Cugat.. Antara Bongok, Radio dan Pretty Ugly!

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd