Seorang peminat Star Wars mendapat hadiah yang paling tidak akan dilupakannya apabila ibunya menghadiahkannya dengan patung Luke Skywalker yang dibeli kira-kira 30 tahun lalu.
Selain menjadi kenangan yang manis, nilai patung itu juga meningkat sebanyak 8,260 peratus.
Patung berkenaan dibeli pada 1980-an dengan harga hanya $2.50 tetapi kini harganya dianggarkan bernilai £209.
“Ibu saya membelikan patung ini pada 80-an tetapi dia terlupa.
“Hari ini beliau memberikannya kepada saya sebagai hadiah krismas. Ia menakjubkan,’’ kata peminat Star Wars berkenaan yang tidak dinamakan.
Permainan Luke Skywalker masih mempunyai tanda harga Kmart.