• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelakon Nikita Mirzani Didakwa Sukarela Melacur

oleh AK-47
14/12/2015
dalam Artis, Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAKAR psikologi forensik terkenal Indonesia mendedahkan, pelakon dan model Nikita Mirzani menjual tubuh sebagai pelacur secara sukarela dan bukan menjadi mangsa sindiket pelacuran sebagaimana didakwanya.

Reza Indragiri Amriel yang juga penganalisis jenayah berkata, ketika ditahan dalam satu serbuan di hotel 5 bintang di Jakarta Pusat baru-baru ini, Nikita tidak memenuhi kriteria seorang mangsa eksploitasi sebagaimana disebut dalam undang-undang negara itu berkaitan Akta Pemerdagangan Manusia.

Antara ciri-ciri tersebut ialah mengalami penderitaan psikologi, mental, fizikal, seksual, ekonomi atau sosial akibat menjadi mangsa pihak lain yang melakukan jenayah.

“Adakah Nikita memenuhi kriteria orang yang dieksploitasi? Saya tidak rasa begitu. Hakikatnya ramai orang yang tidak kisah melacur demi wang,” ujar Reza.

Nikita yang sinonim dengan imej seksi dan bertatoo, dicekup polis jam 9 malam Jumaat lalu di salah sebuah bilik di Hotel Indonesia Kempinski ketika dipercayai sedang menanti pelanggannya tiba.

Nikita terkenal dengan imej seksi.
Nikita terkenal dengan imej seksi.

Turut ditahan dalam serbuan itu adalah dua suspek termasuk pengurus Nikita yang dipercayai dalang yang mengatur urusniaga kotor tersebut.

Nikita bagaimanapun berkeras menyatakan dia tidak berada dalam bilik hotel itu untuk melacur ketika diserbu sebaliknya sedang mencuba pakaian yang baharu dibeli sementara menanti seorang wanita bernama Cici yang mahu menawarkannya kerja sebagai emcee majlis. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

Tags: Nikita Mirzani
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd