• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Kanan Polis Dipenjara 100 Tahun, 15 Kali Sebat

oleh Ahmad Albab
23/12/2015
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 100 tahun dan 15 kali sebatan terhadap seorang pegawai kanan polis bagi lima pertuduhan merogol dan meliwat seorang remaja perempuan, tiga tahun lalu.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad mendapati Deputi Supritendan Rohaizat Abd. Ani, 56; bersalah atas empat pertuduhan merogol dan satu pertuduhan meliwat remaja berumur 13 tahun antara Februari dan Mei 2012.

Hakim memerintahkan hukuman 20 tahun penjara masing-masing bagi pertuduhan pertama dan kedua dijalankan secara serentak.

Manakala tiga pertuduhan lagi, masing-masing 20 tahun penjara dijalankan secara berturut-turut.

Rohaizat didapati bersalah merogol remaja itu pada empat waktu berasingan iaitu pada 1 Februari 2012 antara pukul 4.30 petang dan pukul 5.30 petang di bilik Hotel Tang Dynasty; antara pukul 12.30 petang dan pukul 1.30 petang pada 2 Februari 2012 di bilik lain di hotel yang sama; dan pada 1 dan 6 Mei 2012 pukul 8 pagi di sebuah bilik hotel sama; pada pukul 3 pagi antara 1 dan 6 Mei 2012 di sebuah bilik hotel yang sama.

Dia juga bersalah kerana meliwat remaja itu antara pukul 4.30 petang dan pukul 5.30 petang pada 1 Februari 2012 di sebuah bilik hotel yang sama.

Hakim turut membenarkan hukuman digantung bagi membolehkan Rohaizat membuat rayuan di Mahkamah Tinggi dan menetapkan jaminan RM100,000 dengan satu penjamin tempatan.

Mahkamah juga memerintahkan Rohaizat supaya menyerahkan pasportnya dan melaporkan diri di Bukit Aman dua kali setiap bulan iaitu pada tarikh 1 dan 15 hari bulan.

Rohaizat pernah bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Setiu dan timbalan ketua Pasukan Simpanan Persekutuan di Pulau Pinang ketika dia mula dituduh pada Ogos 2013. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]rUl1Mag2pkE[/wpdevart_youtube]

Tags: kes rogolPenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd