• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Komited Tahaluf Siyasi Dengan PKR Ketika Ini

oleh Ahmad Albab
11/12/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – PAS hari ini sekali lagi menegaskan bahawa pada waktu ini, parti itu adalah rakan tahaluf siyasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan komited dengan kerjasama tersebut sebagaimana yang dicapai dalam muktamar dan diluluskan oleh Majlis Syura Ulama PAS Pusat satu ketika dahulu.

Dalam kenyataan hari ini, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS adalah organisasi yang menjadikan al-Quran dan as-Sunnah, Ijma’ ulama dan Qiyas sebagai rujukan dalam menentukan prinsipnya termasuklah dalam gerak kerja dan tindakan untuk membina masa depan yang sejahtera.

Katanya, lebih enam dekad PAS berjuang membawa Islam dan syariatnya. PAS mengambil pelbagai ruang dan peluang untuk menyedarkan masyarakat termasuk pemimpin politik dan negara agar meletakkan agama sebagai teras pemerintahan dan penyatuan ummah untuk kesejahteraan rakyat seluruhnya.

“PAS juga terus berjuang menolak mungkar politik, amalan salah guna kuasa dan tadbir urus, kerosakan akhlak serta rasuah dalam praktis bernegara.

“Pastinya apabila ada suara positif yang selari dengan kepentingan Islam, negara dan rakyat majmuk keseluruhannya, PAS selamanya berlapang dada dan bersikap terbuka terhadap hasrat perpaduan dalam bermasyarakat berteraskan syariat Allah SWT dengan mana-mana pihak, sama ada Islam atau kalangan bukan Islam,” katanya.

Kenyataan itu sebagai maklum balas kepada tawaran terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO yang mahu bekerjasama dengan PAS dalam ucapan dasarnya pada perhimpunan agung parti itu.

Menurutnya berdasarkan prinsip inilah, maka sebarang perkembangan baharu dalam gerak politik PAS akan dinilai, dibincang, dan diputuskan berbagai peringkat proses dalaman parti, termasuklah perbincangan oleh Jawatankuasa PAS Pusat sehingga mencapai keputusan secara kolektif.

Selain mengulangi pendirian parti itu untuk bersama PKR, PAS juga ingin membuat seruan, betapa kini masa yang sangat sesuai untuk UMNO kembali kepada Islam dan mengamalkan cara hidup Islam dalam segenap sendi perjuangannya, sama ada politik, sosial mahupun ekonomi.

“PAS beriman kepada Allah bahawa pintu taubat tidak pernah ditutup dan rasa keinsafan yang murni adalah kunci mendapat keampunan daripada Allah,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]L9obXSmse8s[/wpdevart_youtube]

Tags: Hadi AwangPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menafikan dakwaan partinya dan BERSATU bersetuju untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd